Info

Pembunuhan Datuk Mazlan Idris mayat dipotong 18

This post has already been read 1862 times!

Mona Fandey Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey, disabitkan melakukan jenayah berat dengan terbabit dalam kes pembunuhan seorang ahli politik, Mazlan Idris, pada tahun 1993.

Mona dan suaminya Mohamad Nor Affandi Abdul Rahman serta pembantu mereka Juraimi Hassan

Mona dan suaminya Mohamad Nor Affandi Abdul Rahman serta pembantu mereka Juraimi Hassan ditahan berikutan penemuan mayat yang dipotong 18 didalam satu lubang di rumah Mona.

Lubang tempat mayat Datuk Mazlan ditanam

Mona dan suaminya berjanji untuk membantu Mazlan dengan memberinya beberapa “benda” yang sama dimiliki oleh bekas Presiden Sukarno demi meningkatkan dan mengekalkan kekuasaannya.

Mona menuntut RM 2.5 juta daripada Mazlan sebagai bayarannya. Mazlan telah membayar kepada pasangan tersebut dengan sejumlah wang RM 500,000 sebagai deposit dan memberi mereka 10 sijil tanah sebagai jaminan untuk baki RM 2 juta. Satu perjanjian telah dibuat diantara mereka untuk melakukan pembersihan ritual yang akan dilakukan di rumah Mona. Mazlan disuruh berbaring di lantai sementara Mona menaburkan kelopak kelopak bunga kepadanya. Dia kemudian menyuruh Mazlan untuk menutup mata dan menunggu wang untuk “jatuh dari langit”.

Dengan sepantas kilat, Juraimi menghayun sebilah kapak menghentak Mazlan dan dicincangkan nya seluruh anggota badan Mazlan. Mayat Mazlan ditemui oleh polis pada 22 Julai 1993 dimana anggota tubuhnya dipisahkan dalam 18 bahagian yang dikebumikan di sebuah gudang dekat rumah Mona di Pahang.

Mazlan dilaporkan hilang pada tarikh 2 Julai 1993 selepas mengeluarkan wang RM 300,000 dari bank. Setelah pembunuhan itu, Mona dilaporkan telah membelanjakan wang yang diterimanya dengan membeli sebuah Mercedes-Benz. Namun demikian, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Mona, suaminya, dan Juraimi akhirnya ditangkap dan diadili di Mahkamah Tinggi Temerloh.

Setelah 8 tahun proses perbicaraan, Mahkamah Tinggi mendapati mereka bertiga bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Mona, Affandy, dan Juraimi akhirnya digantung pada tarikh 2 November 2001 di Penjara Kajang.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Cerita inspirasi Jack Ma Gaji dan Keuntungan

Jack Ma yang memiliki aset USD24.5 Billion pernah berkata, “Jika anda meletakkan pisang dan wang…

23 jam ago

Kisah Benar Inspirasi Kejayaan

Amitabh Bachchan yang memiliki aset berjumlah 290juta USD (2022) pernah menceritakan satu kisah menarik: "Pada…

1 hari ago

Beberapa fakta tentang buluh

1.Pertumbuhan Cepat: Buluh ialah tumbuhan yang paling cepat tumbuh di dunia. Ia telah direkodkan berkembang…

3 hari ago

[Video] Anaas, Sampai hati kamu bunuh anak ibu

Hairil Anaas Abdullah, 37, dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1 Julai 2024 (Bernama) -- Seorang penganggur…

5 hari ago

Timba ilmu walaupun Usia 105 tahun lulus Sarjana Stanford

17 Jun 2024 merupakan hari bersejarah , pada usia 105 tahun khasnya buat Virginia "Ginger"…

5 hari ago

Adakah anda kerap mengalami sakit kepala migrain

Panduan berikut dari Dr Berry berpengalaman sebagai doktor keluarga selama 20 tahun telah merawat 25,000…

5 hari ago