1 min read

RAMBO BENTONG LEMBIK KENA 24 SEBATAN

This post has already been read 7314 times!

Foto Utusan.

Rabidin Satir yang terkenal dengan gelaran Rambo Bentong hadir berkerusi roda kelihatan tidak bermaya semasa prosiding perbicaraan kes tuduhan membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, antara pukul 11.30 malam, 7 Mac 2009 dan 1.50 petang, keesokan harinya di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong Pahang.

Raboo Bentong ‘mencatat sejarah’ tersendiri apabila dihukum penjara 133 tahun dan 50 sebatan untuk beberapa kesalahan membabitkan pertuduhan cubaan bunuh, liwat dan rogol seorang remaja..

Selepas menjalani hukuman sebatan 24 kali, tubuh tegap dan bertenaga yang juga dikenali dengan gelaran orang minyak dilihat tidak bermaya dan lesu semasa menghadiri perbicaraan bagi kes pertuduhan bunuh dan rogol.

Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga 4 Julai 2014 bagi membolehkan pihak pendakwa membawa doktor pakar dari Hospital Bentong untuk memberi keterangan mengenai tahap kesihatan tertuduh.

Mahkamah memerintahkan Rabidin membela diri atas tuduhan membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, antara pukul 11.30 malam, 7 Mac 2009 dan 1.50 petang, keesokan harinya di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong.

Dakwaan terhadap tertuduh dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Lelaki itu turut didakwa di bawah Seksyen 376(4) kanun sama kerana merogol mangsa sehingga menyebabkan kematiannya di tempat dan masa yang sama. Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Pada 14 Mei 2014, Mahkamah Tinggi menangguhkan perbicaraan ke atas Rabidin kerana tertuduh kelihatan tidak bermaya selepas menjalani hukuman sebatan 24 kali atas beberapa kesalahan rogol dan liwat dilakukannya.

Baca Juga   Ini dia beras paling mahal didunia

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.