5 mins read

Tiga Pembunuh Datuk Sosilawati dan 3 rakan digantung sampai mati

This post has already been read 8515 times!

Kronologi pembunuhan tragis pengasas kosmetik Novel Beauty Datuk Sesilawati Lawia, Kamaruddin Shamsudin-Ahmad Kamil Abdul Karim-Norhisam Mohamad salah satu kes pembunuhan paling kejam dalam sejarah tanah air.

Suspek dan mangsa

Jutawan kosmetik itu bersama dengan tiga lagi rakan yang lain dibunuh dengan kejam di Morib Selangor .

Datuk Susilawati dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan pada 30 Ogos 2010.

Itulah tarikh kali terakhir beliau dilihat bersama bersama dengan Kamaruddin Shamsudin pemandunya, Ahmad Kamil Abdul Karim peguam peribadinya dan juga Norhisam Mohamad pegawai Bank CIMB.

Mereka juga dikatakan membawa wang berjumlah RM 4 juta dan dalam perjalanan menemui seorang peguam untuk urusan pembelian tanah di Pulau Pinang yang bernilai kira-kira RM 1.4 juta.

Setelah seminggu berlalu, pada 6 September 2010, pihak polis telah menemui kereta jenis BMW X5 dinaiki Datuk Sesilawati di parkir Pangsapuri Angsana dekat USJ 1 Subang Jaya.

Tidak lama selepas itu kereta jenis BMW 5 series milik peguam Datuk Sasilawati pula dijumpai pihak polis di sebuah kawasan perumahan berhadapan dengan hotel Grand Doset Subang Jaya pada 11 September 2010.

Penemuan berkenaan telah membawa kepada penahanan seorang peguam Datuk Patmanabhan merupakan suspek utama dan juga adiknya Surendran bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan membawa pihak polis ke sebuah pusat ternakan ayam di Tanjung Layang Murid dikelilingi ladang kelapa sawit milik suspek utama.

Di situlah segala perbuatan keji kedua-dua suspek terbongkar di mana pihak polis telah menemui tempat pembakaran termasuklah kesan dan bau minyak petrol yang begitu kuat sekali. Turut ditemui sisa pembakaran yang dipercayai merupakan sisa mayat.

Pada 16 September 2010, berita kehilangan Datuk Susilawati dan tiga lagi rakannya akhirnya menemui titik noktah apabila mayat mereka ditemui di Morib Selangor.

Baca Juga   Kredit MyKasih 2024 dan Cara Tebus

Kesemua mangsa termasuklah Datuk Susilawati pada mulanya dipukul dengan menggunakan kayu dan senjata tumpul lain, tujuan utama suspek berbuat demikian adalah untuk melemahkan mereka, selepas dipukul hingga lunyai, tangan mereka kesemuanya diikat dengan dawai.

Tanpa rasa sebarang belas kasihan, kesemua mangsa dikatakan ditikam dengan menggunakan senjata tajam sehingga meninggal dunia.

Tidak cukup dengan itu, mayat mereka kemudiannya dibakar sehingga menjadi abu bagi menghilangkan segala bukti jenayah.

Tubuh keempat-empat mangsa sebelum itu dilumurkan dengan tahi lembu bagi mempercepatkan proses pembakaran dan dibalut dengan atap zink.

Keesokan harinya, cebisan dan abu mayat mereka dikutip dan dimasukkan ke dalam guni sebelum dibuang ke Sungai Pancau.

Sungai itu bertempat di Kampung Endah iaitu kira-kira 2 km dari ladang milik suspek utama.

Suspek dikatakan turut membuang senjata digunakan bagi membunuh kesemua mangsa di dalam sungai yang sama.

Polis Forensik mengumpul bukti yang dibuang ke dalam Sungai Panchau Tanjung Sepat

Pasukan penyelam polis marin telah digunakan dalam operasi mencari bahan-bahan bukti bagi siasatan kes pembunuhan Datuk Sesilawati dan tiga mangsa lain.

Berikut adalah antara bukti-bukti ditemui di Sungai Pancau kampung Kancong Laut.

1) Satu, cebisan tisu anggota tubuh termasuklah rambut selain tulang hangus manusia dipercayai milik mangsa.

2) Tinggalan Abu dipercayai milik mayat kesemua mangsa,

3), tiga utas jam tangan berjenama.

4) Enam keping atap zink digunakan untuk membalut atau menutup mayat sebelum dibakar

5) pisau berukuran 30 cm panjang

6) dua telefon bimbik jenis blackberry

7) Sebatang besi

8) Kayu yang mempunyai kesan terbakar

9) Petunjuk paling penting dalam kes ini adalah seutas jam mahal milik Datuk Sosilawati diambil oleh salah seorang penjenayah sebagai kenang-kenangan selepas membunuh dan membakar mangsa.

Baca Juga   Warna Warni Balik kampung berhari raya

Motif utama pembunuhan adalah masalah perniagaan yang membabitkan urusan kewangan.

Semasa tempoh kehilangan Datuk Sasilawati, terdapat beberapa transaksi wang berlaku antara akaun usahawan kosmetik itu dan akaun suspek.

Pada 13 Oktober 2010, Datuk Patima Naban dan juga tiga pekerja , Tilaya Lagan,Katravarayan dan Matan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Datuk Banting atas pertuduhan membunuh Datuk Sesilawati, Norhisam, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.

Perbicaraan kes bermula pada 4 Julai 2011 di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pada 3 November 2011, pakar Perunding forensik iaitu Dr. Nurliza Abdullah dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) tampil memberi keterangan di mana beliau mengesahkan bahawa bukti yang ditemui di lokasi pembunuhan keempat-empat individu berkenaan terdiri daripada tulang atau gigi manusia.

Tindakan kejam

Menurut Dr. Norliza kesemua tulang itu juga menunjukkan kesan pembakaran pada suhu haba yang begitu tinggi.

Pada 10 November 2011, Dr. Norhayati Jaafar yang bertugas di Jabatan Perubatan forensik HKL mengesahkan bahawa tujuh daripada 10 sampel gigi ditemui di lokasi kejadian adalah gigi manusia.

Pada 31 Januari 2012, Pengarah Bahagian forensik Jabatan Kimia iaitu Lim Kong Bon tampil memberi keterangan mengesahkan yang kesan darah pada kayu didapati sepadan dengan DNA Norhisyam.

Masa yang sama, beliau juga mengesahkan bahawa kesan darah pada bahan bukti iaitu kepingan Zing, sepadan dengan DNA Kamaruddin dan Ahmad Kamil.

Selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima Fasi, Hakim Aktar memerintahkan Patmanabhan, Tayalagan, Katayavarayan dan Matan membela diri atas pertuduhan membunuh Datuk Susilawati, Norhisam, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.

Pada 23 Mei 2013, Hakim Aktar menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas.empat-empat tertuduh selepas mendapati mereka bersalah membunuh kesemua mangsa.

Baca Juga   Sumbangan Asas Rahmah-SARA 2024
Pengakuan maaf

Pada 16 Mac 2017, Mahkamah Persekutuan memutuskan bekas peguam, N. Pathmanabhan dan dua pekerja ladang kekal menjalani hukuman gantung sampai kerana membunuh jutawan komestik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya di sebuah ladang di Banting Selangor.

Manakala seorang daripada pekerja ladang milik bekas peguam itu, R. Matan 26 pula dibebaskan daripada sabitan serta hukuman mati .

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria sebulat suara menolak rayuan akhir Pathmanabhan, 47, T. Thilaiyalagan, 25 dan R. Kathavarayan, 37, berhubung kes pembunuhan itu.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.