1 min read

Murid 11 tahun mengalami cacat kekal selepas dihukum berdiri dibawah panas matahari

This post has already been read 2885 times!

Seorang murid berusia 11 tahun hilang upaya kekal akibat strok haba selepas dihukum berjemur selama 3 jam dibawah panas matahari oleh seorang guru sekolah di Ampang Jaya.

Budak lelak didenda berjemur dari 10 pagi hingga 12.50 tengah hari pada 30 April 2024 dan kemudiannya dikejarkan ke hospital setelah mengalami sawan.

Ibu mangsa dikenali sebagai Mogahana, 35, berkata, anak lelakinya berusia 11 tahun memaklumkan kepadanya bahawa dia serta 3 rakannya didenda berjemur di padang sekolah dari jam 10 pagi hingga 12.50 tengah hari pada hari kejadian. 3 rakannya dipanggil masuk oleh guru dan meninggalkan mangsa terus dijemur.n

Menurut ibu kanak-kanak terbabit Puan Mogahana, 35, berikutan dari kesan strok haba, anaknya mengalami gangguan saraf kekal, telah diisytiharkan sebagai Orang Kurang Upaya (PwD) oleh Hospital Ampang dan pihak hospital telah mengeluarkan surat menilai dia sebagai OKU. Anaknya kini perlu dihantar ke sekolah kanak-kanak berkeperluan khas.

Sejujurnya, saya berasa terkilan apabila melihat keadaan anak saya kerana dia kini tidak normal. Sebelum ini, dia sering bermain dengan adik-beradiknya, tetapi sekarang dia banyak menyorok dan bercakap seorang diri,” kata ibunya.”

Menteri Pendidikan, Fahdhlina Sidek mengesahkan Kementerian Pendidikan sedang menjalankan siasatan berhubung laporan kes pelajar terbabit. Pihaknya tidak akan berkompromi terhadap keselamatan pelajar di sekolah dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Fadzlina Sidek Menteri Pendidikan
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   [Video] Teknologi baru Bangunan 10 tingkat dibina dalam masa 28 jam sahaja