Categories: Info

Skandal pinjaman RM530 Juta dan Kisah Pembunuhan Juruaudit Jalil Ibrahim Pada Tahun 1983

This post has already been read 1790 times!

Kes yang melibatkan Bumiputera Malaysia Finance sebuah anak Syarikat Bank Bumiputera Berhad.

Jalil Ibrahim auditor Bank Bumiputra Berhad

Jalil Ibrahim seorang auditor dihantar ke Hongkong bagi menjalankan kerja-kerja audit untuk BMF iaitu Bumiputra Malaysia Finance (ketika itu) di Hong Kong.

Sepanjang 6 bulan berada di Hong Kong. Jalil menemui kecelaruan dalam akaun syarikat. Bahkan menemui beberapa keraguan pinjaman bernilai RM 530 juta kepada ahli perniagaan, George Tan. George Tan mewakili kumpulan Carrian.

Kes ini merupakan skandal kewangan terbesar negara yang pertama berlaku pada tahun 1983, Bank Malaysia Finance telah meluluskan pinjaman yang besar bernilai RM530 juta kepada sebuah syarikat Hongkong bernama Carrian Group.

Masalahnya syarikat ini mempunyai rekod operasi yang samar-samar.

Carrian Group kemudiannya gagal melunaskan hutang dipinjam mengikut perjanjian.

Ibu pejabat BMF kemudian menghantar pegawai mereka ke Hong Kong untuk melakukan audit bagi menyiasat kes ini tetapi pegawai mereka iaitu Jalil Ibrahim telah dibunuh.

Namun sebelum dibunuh Allahyarham sempat menghantar laporan audit yang membuktikan terdapat salah laku dalam tadbir meluluskan pinjaman BMF kepada Carrian Group.

Perbicaraan Kes ini berlanjutan selama 17 tahun di Hong Kong. Seorang usahawan dari Klang, Man Fook Than akhirnya disabitkan atas pembunuhan itu dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup walaupun beliau menafikan bahawa beliau merupakan pembunuh di dalam kes ini.

Mak Fook Than

Mak sekeras-kerasnya menafikan tuduhan pembunuhan tersebut dan memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya bertindak atas arahan untuk membuang mayat dan pembunuhan itu sebenarnya dilakukan oleh seorang lelaki Korea yang tidak dinamakan yang telah mengambil arahan dari seorang lelaki bernama George.

Lorrain Esme Osman, Pengerusi Bukan Eksekutif BBMB ketika itu mengakui telah menerima HK $15 juta sebagai rasuah. Beliau dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di Penjara Stanley, Hong Kong pada tahun 1987.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Cerita inspirasi Jack Ma Gaji dan Keuntungan

Jack Ma yang memiliki aset USD24.5 Billion pernah berkata, “Jika anda meletakkan pisang dan wang…

23 jam ago

Kisah Benar Inspirasi Kejayaan

Amitabh Bachchan yang memiliki aset berjumlah 290juta USD (2022) pernah menceritakan satu kisah menarik: "Pada…

1 hari ago

Beberapa fakta tentang buluh

1.Pertumbuhan Cepat: Buluh ialah tumbuhan yang paling cepat tumbuh di dunia. Ia telah direkodkan berkembang…

3 hari ago

[Video] Anaas, Sampai hati kamu bunuh anak ibu

Hairil Anaas Abdullah, 37, dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1 Julai 2024 (Bernama) -- Seorang penganggur…

5 hari ago

Timba ilmu walaupun Usia 105 tahun lulus Sarjana Stanford

17 Jun 2024 merupakan hari bersejarah , pada usia 105 tahun khasnya buat Virginia "Ginger"…

5 hari ago

Adakah anda kerap mengalami sakit kepala migrain

Panduan berikut dari Dr Berry berpengalaman sebagai doktor keluarga selama 20 tahun telah merawat 25,000…

5 hari ago