5 mins read

Jalan Maarof dan Kisah Seorang Nasionalis yang dibunuh kejam

This post has already been read 1176 times!

Siapa yang tidak mengenali seniman veteran Allahyarham Datuk Mustafa Ma’arof yang terbabitdalam ratusan filem dan drama melayu sejak sebelum merdeka. Barangkali ramai generasi baru tidak mengenali siapa bapanya, Allahyarham Ma’arof bin Zakaria.

Ma’arof Zakaria

Bagi penduduk di Kuala Lumpur, khususnya kawasan Bangsar dan Lembah Pantai, mereka cukup sinonim dengan nama Jalan Ma’arof.

Jalan Ma’arof Bangsar

Siapakah Ma’arof sebenarnya hinggakan namanya cukup terkenal untuk diabadikan di sebatang jalan raya yang menjadi laluan puluhan ribu pengguna setiap hari?

Allahyarham Ma’arof sebenarnya ada kisah tersendiri yang jarang diperkatakan. Beliau merupakan pengasas Bank kebangsaan Melayu.

Berasal dari Seri menanti Negeri Sembilan, memiliki latarbelakang seorang peguam bertauliah dianggap sebagai seorang elit Melayu yang mendapat pendidikan Inggeris.

Ketika mana Nasionalis Melayu ketika itu berjuang mendapatkan kemerdekaan, beliau memperjuangkan nasib orang Melayu pada ketika itu sangat mundur.

Sebelum kemerdekaan, hanya terdapat dua bank yang beroperasi di Tanah Melayu. Kedua bank tersebut adalah The Chartered Bank milik British dan Overseas Chinese Banking.

Orang Melayu di Kuala Lumpur kebanyakan berpendapatan rendah didapati sukar untuk memperolehi pinjaman dari kedua-dua bank berkenaan untuk kegunaan perniagaan atau membeli hartanah berikutan syarat ketat yang dikenakan.

Ramai Orang Melayu meminjam dari ceti yang mengenakan faedah sangat tinggi.

Niatnya cukup jelas, jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun, mereka mestimempunyai sistem ekonomi yang kuat. Satu daripadanya ialah melalui sistem perbankan yang sistematik.

Ma’arof tidak sanggup melihat keadaan bangsa Melayu ketika itu ditindas di tanah air mereka sendiri.

Menyedari akan hakikat ini, Ma’arof Zakaria bernekad ingin membantu orang Melayu dengan menubuhkan satu bank baru yang khusus untuk membantu ekonomi orang Melayu.

Baca Juga   Misteri dan keajaiban tugu Kryptos Amerika Syarikat

Pada tarikh 12 Mei 1947, maka lahirlah Malay National Bank atau Bank Kebangsaan Melayu.

Malay National Bank telah disahkan penubuhannya oleh Timbalan Pendaftar Syarikat Tanah Melayu Lee Keng Hong.

Selain pinjaman kewangan, bank ini turut menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan seperti jual beli saham dan bon. Harapan Ma’arof Zakaria ingin ekonomi orang melayu maju dan kukuh. Bangunan pertama bank ini dikatakan terletak di alamat nombor 63 Klang Street Kuala Lumpur (Sekarang dikenali Jalan Hang Lekiu)

Bank ini kemudiannya berkembang dengan membuka enam buah cawangan lain di Muar, Kuala Pilah, Raub, Termerluh, Kemaman dan Rembau.

Ma’arof Zakaria hanya sempat menguruskan bank ini selama 7 bulan sebelum beliau ditemui mati dibunuh. Dalam tempoh itu beliau berjaya mengumpulkan 10 orang pemegang saham utama bagi menggerakkan operasi Bank Kebangsaan Melayu yang ditubuhkan.

Pemegang saham ini terdiri daripada usahawan dan golongan elit Melayu. Pembukaan bank pertama bagi orang Melayu ini bagaimanapun berhadapan banyak tentangan.

Tiga bulan sebelum bank ini didaftarkan terdapat cubaan untuk membunuh beliau di rumah milik keluarganya di Taman Seputih Jalan Klang lama.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh anaknya Datuk Mustafa Ma’arof. Kawasan rumah mereka merupakan sebuah dusun dan terdapat dua unit rumah satu tingkat di kawasan itu iaitu satu unit terletak di atas bukit dan satu unit lagi di lereng bukit.

Ketika itu Datuk Mustafa Ma’arof sedang mengecat rumah, mereka telah didatangi tiga orang lelaki yang secara tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan ke arah rumah. Beliau yang ketika itu bersama dengan bapa saudaranya berjaya melarikan diri melalui tingkap belakang dan bersembunyi di dalam belukar berhampiran.

Baca Juga   Sadio Mane derma 70 Euro setiap keluarga Senegal miskin

Beliau yakin ketiga-tiga individu terbabit cuba membunuh bapanya Ma’arof Zakaria yang belum lagi pulang daripada bekerja di ibu negara.

Tiada siapa yang menyangka bahawa peristiwatersebut memberi petunjuk kepada peristiwa penculikan dan pembunuhan Maruf Zakaria hanya 7 bulan selepas Malay National Bank beroperasi.

Peristiwa pembunuhan Maruf Zakaria pada tahun1947 dianggap sangat tragis dan menyedihkan.

Pada tarikh 4 Disember 1947, beliau telah diculik ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur menuju ke rumah ibunya di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Keretanya ditemui di tepi jalan di Batu 13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong, Pahang pada 6 Disember (Sabtu) dan keesokannya (Ahad 7 Disember 1947), polis dan pasukan pencari menemui mayatnya digantung pada sebatang pokok di hutan tidak jauh dari lokasi keretanya ditemui.

Kes pembunuhan ini masih lagi menjadi misteri sehingga ke hari ini, tentang motif dan siapa bertanggungjawab.

Selepas peristiwa hitam ini, Malay National Bank telah diambil alih oleh anak saudaranya Mustafa Mohamad Yusof. Beliau bersama beberapa individu yang bersama Ma’arof memperjuangkan penubuhan bank tersebut seperti Yahya Mohamad, Muhamad Saleh, Mohamad Yusof dan Khamsiah Ma’arof.

Umur bank ini juga tidak begitu lama, akibat kekurangan modal, bank ini terpaksa juga ditutup akhirnya.

Walaupun begitu, jasa Allahyarham Ma’arof Zakaria s tetap dikenang dan sebagai penghormatan nama beliau terpahat di Jalan Ma’arof Kuala Lumpur untuk dijadikan bukti kecekalan seorang anak watan yang gigih bangkit membantu ekonomi orang melayu ketika zaman sebelum kemerdekaan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.