Mahkamah

Bekas CEO PROLINTAS dapat pampasan RM5.1 kerana kerosakan otak akibat pembedahan

This post has already been read 1380 times!

Mahkamah Tinggi pada 7 Jun 2024 memerintahkan Pusat Pakar Tawakal Sdn Bhd dan dua doktornya membayar pampasan RM5.1 juta kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), Datuk Zainudin A Kadir, selepas mengalami kerosakan otak akibat pembedahan.

Mahkamah tinggi Kuala Lumpur

Ganti rugi itu perlu dibayar kepada Datin Nor Rizam Abdul Wahab, sebagai isteri dan pentadbir harta Zainudin yang telah meninggal dunia pada 2021 ketika penularan COVID-19.

Hakim, Datuk Mohd Arief Emran Arifin, berkata ia susulan Nor Rizam selaku plaintif berjaya membuktikan bahawa hospital swasta itu bersama dua pakarnya bertanggungjawab atas kecuaian perubatan.

Mohd Arief Emran, juga mengarahkan tiga pihak terbabit membayar RM210,000 sebagai kos kepada pentadbir harta Zainudin.

“Sebahagian besar daripada ganti rugi adalah akibat kehilangan pendapatan kerana mangsa bekerja dan memperoleh RM65,000 sebulan, manakala RM500,000 lagi adalah untuk kesakitan dan penderitaan.

“Bukan fungsi mahkamah untuk menghukum doktor atau hospital tetapi memberi pampasan kepada plaintif.

“Kerosakan otak mangsa kerana dibenarkan keluar awal selepas pembedahan, selain beberapa kejadian lain di wad,” katanya dalam alasan penghakiman bertarikh kelmarin yang dimuat naik menerusi sistem pengurusan e-Kehakiman.

Mengikut fakta kes, Zainudin dimasukkan ke hospital pada 22 Februari 2016 dan menjalani pembedahan hidung empat hari kemudian.

Pembedahan bermula pada jam 5.45 petang dan berakhir jam 8.05 malam, sebelum Zainudin rebah jam 9.30 malam.

Mengikut protokol hospital, doktor mesti memerhati pesakit di ruang pemulihan sekurang-kurangnya sejam selepas ‘reversal anaesthesia’ atau penarikan kembali bius sebelum keluar wad.

Dalam kes ini, pemerhatian hanya berlangsung selama 25 minit sahaja. Memandangkan pesakit masih mengantuk, pakar bedah memasukkan tiub ke dalam esofagus dan bukannya trakea yang membawa kepada kerosakan otak.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Kenapa zalimi pemain liga super macam ni

Tujuh bulan gaji tak berbayar, Paulo Josue akhirnya bersuara! Josue berkata ketika ini beliau terpaksa…

10 jam ago

Nostalgia bas mini cepat dan murah

(1975-1998) Sejarah Bas Mini mula beroperasi di pelbagai laluan sekitar Kuala Lumpur serta Lembah Klang…

11 jam ago

[Video] Dua Remaja Korea Utara dihukum kerja berat 12 tahun kerana menonton K-Drama

Rakaman kejadian sekitar 2022 yang menunjukkan dua remaja itu berdiri di atas pentas di sebuah…

12 jam ago

Bulgaria dan Croatia sediakan cuti bersalin sehingga 406 hari

Menurut piawaian ILO (Pertubuhan Buruh Antarabangsa), cuti bersalin adalah hak asasi manusia dan buruh sejagat…

19 jam ago

Separuh kelahiran baru dijangka mengidap autisma penangan makanan siap proses

Dr Stephanie Seneff, seorang penyelidik MIT (Massachusetts Institute of Technology Cambridge USA), meramalkan pada tahun…

1 hari ago

13 April 2029 Asteroid 26.99 billion kg akan berada paling hampir dengan bumi

Asteroid 99942 Apophis ialah objek berhampiran Bumi (NEO) yang dianggarkan sepanjang kira-kira 1,100 kaki (335…

1 hari ago