4 mins read

Menolak cinta, pelancong Perancis dirogol dan bunuh

This post has already been read 2638 times!

Kisah bunuh seorang wanita asing di Malaysia pada tahun 2011 yang pernah menggemparkan negara dan dunia.

Motif kes Stephanie Forey, seorang warganegara Perancis dibunuh gara-gara menolak cinta seorang penduduk tempatan.

Ketika kejadian Stephanie Forey berusia 30 tahun masih bujang adalah seorang pelancong dari Perancis datang ke Malaysia seorang diri untuk bercuti.

Stephany Forey

Stephany bekerja sebagai pegawai komunikasi di Perancis mengambil cuti dua tahun untuk mengembara. Destinasi pertamanya negara India, selepas itu ke Sri Lanka sebelum ke Malaysia.

Mangsa dikatakan tiba di ibunegara pada 5 Mei 2011 dengan sebuah penerbangan dari Colombo Sri Lanka. Selepas itu mangsa melawat Melaka dan pernah menginap di Sayang-Sayang Guest House Kampung Hulu Melaka.

Stefany kemudiannya tiba di Pulau Tioman menggunakan feri melalui Jeti mersing pada 10 Mei 2011.

Suspek Asni Omar berusia 36 tahun memiliki sebuah pondok inap desa dan sebuah kafe. Kehilangan Stephanie telah dilaporkan oleh Konsulat Perancis diSingapura setelah keluarga Mangsa tidak menerima sebarang khabar sejak mangsa tiba di Pulau Tioman.

Asni Omar didapati bersalah membunuh Stephanie Forey

Rekod menunjukkan hanya ketibaan mangsa dicatat,namun tiada rekod menunjukkan mangsa meninggalkan pulau berkenaan.

Polis menjalankan pencarian besar-besaran di kampung Tekek berdasarkan maklumat orang awam. Setelah menjalankan siasatan, polis mendapat beberapa petunjuk daripada orang ramai yang membawa kepada penahanan seorang penduduk pulau Tioman bernama Asni Omar.

Suspek merupakan seorang berumur 36 tahun dan menjalankan perniagaan homestay di kampung Tekek Pulau Tioman.

Dari maklumat orang kampung Tekek, Stephanie pernah dilihat menunggang motor mengelilingi kampung bersama suspek utama. Setelah disoal siasat oleh polis, suspek utama telah membawa polis sebuah gua di Pulau Tioman.

Baca Juga   China muncul pengeluar pertama teksi terbang di dunia

Gua tersebut terletak tidak jauh dari homestay suspek utama, lebih kurang beberapa ratus meter sahaja.

Apabila polis melakukan pemeriksaan di dalam gua tersebut, polis telah menemui beberapa rangka tulang dipercayai tulang manusia ditimbus dan ditanam dalam sebuah lubang sedalam 3 meter, turut ditemui didalam lubang tersebut adalah satu tilam, satu bantal tidur dan beberapa cebis pakaian wanita.

Mayat Stephanie dikeluarkan dari gua

Menurut suspek, mangsa telah menginap di pondok Asni untuk seketika waktu dan mereka berdua sering menghabiskan masa bersama di Pulau Tioman.

Setelah kes dibawa ke Mahkamah Tinggi Jenayah Kuantan, Asni menceritakan mangsa telah mendesaknya untuk memberi kebenaran menginap di homestaynya.

Asni juga menambah bahawa Stephany ingin merasa kehidupan kampung di Pulau Tioman sambil menginap bersamanya di homestay.

Setelah itu mereka berdua telah pergi makan malam dan bersiar-siar di Taman Laut.

Semasa pemeriksaan balas oleh pendakwa raya, Asni memberitahu bahawa dia telah meninggalkan mangsa bersendirian kerana terpaksa bergegas pulang untuk menelefon kekasihnya.

Pendakwaraya bagaimanapun meraguikan niat Asni kerana dia boleh menelefon kekasihnya dari tempat dia tinggalkan mangsa.

Menurut laporan siasatan, Asni merupakan seorang peminum arak dan sering mabuk.

Menurut kertas pendakwaan juga Asni telah menghancurkan kamera milik Stephanie kerana dalamnya terdapat banyak gambar mereka berdua bersama.

Kertas pendakwaan juga turut merekodkan terdapat kesan darah di dinding bilik Stephanie menginap.

Menurut pakar forensik, punca kematian Stephanie disebabkan kecederaan di kepala akibat hentakan senjata tumpul.

Pemeriksaan ke atas mayat Stephanie mendapati empat kesan retak di tulang wajah mangsa menunjukkan mangsa telah diseksa sebelum dibunuh.

Hasil soal siasat polis, Asni memberitahu polis bahawa dia telah membunuh Stephanie menggunakan botol arak dan membuangnya di tempat pelupusan sampah Sarang Tiong di Rompin.

Baca Juga   Jinrickshaws kenderaan popular di Pulau Pinang

Asni menemui botol yang digunakan selepas kira-kira 10 minit diiringi polis mencari di tapak perlupusan sampah tersebut.

Pakar forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan membuat pengakuan bahawa mayat mangsa ditemui dalam keadaan berbalut seperti Mumia. Keadaan mayat Stephanie tidak dapat dikenal pasti menggunakan mata kasar kerana keadaannya yang hancur dan hanya tinggal tulang sahaja.

Menurut laporan bedah siasat terdapat kesan kecederaan pada rangka tulang kepala. Saksi pakar forensik juga menemui DNA Asni pada bulu kemaluan Stephanie. Ini memperkuatkan lagi teori Asni telah merogol Stephanie.

Pada 9 Julai 2014. Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah Kuantan Datuk Seri Mariana Yahya telah berpuashati bahawa Asni Omar didapati bersalah membunuh Stephanie Forey dan mahkamah menjatuhkan hukuman mati. ke atas suspek utamaAsni Omar setelah mendapati cerita Asni hanyalah sebuahrekaan yang dibuat secara teliti untuk membela dirinya.

Asni Omar telah membuat rayuan hingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan namun pada 2016 hukuman mati ke atasnya dikekalkan. Rayuan beliau ditolak oleh panel hakim Tun Arifin dan tiga hakim lain.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.