Seorang guru lelaki ditahan reman tujuh hari bermula 8 Jun hingga 14 Jun di Kompleks Mahkahmah Melaka, Ayer Keroh gara-gara didakwa menghisap kemaluan pelajarnya yang sedang tidur pada Februari 2024.

Perintah reman terhadap guru yang berusia 42 tahun itu telah dikeluarkan oleh Majistret Khairunnisak Hasni bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Memetik laporan, Malaysia Gazette guru muzik di sebuah sekolah menengah harian di Selangor itu tiba di perkadrangan kompleks mahkamah pada pukul 9.53 pagi dengan memakai pakaian longkap berwarna jingga.

Sementara itu menurut sumber, perbuatan jijik guru berkenaan terhadap pelajar lelakinya berusia 16 tahun berlaku di sebuah hotel bajet di Batu Berendam di sini sekitar pertengahan Februari lalu ketika mereka menghadiri persembahan muzik.

“Pengadu iaitu pelajar lelaki berkenaan datang ke Melaka untuk membuat persembahan Gamelan bersama tiga lagi rakannya sebelum mereka bermalam di sebuah hotel bajet di Batu Berendam.

“Bagaimanapun sekitar 11.50 malam, semasa mangsa sedang tidur bersama tiga lagi rakannya di bilik, suspek didakwa telah masuk ke bilik mereka dan membuka seluar pengadu sebelum menghisap kemaluannya.

“Pengadu dikatakan tidak sedar namun perbuatan jijik itu sempat dilihat rakan mangsa yang menceritakan kejadian itu kepadanya pada keesokan harinya,” katanya.

Tambahnya, pada waktu itu pengadu tidak menceritakan kejadian kepada sesiapa kerana berasa takut dan malu.

“Namun lama-kelamaan mangsa anak bongsu daripada tiga beradik berasa tidak selesa dan memberanikan diri mendedahkan perkara tersebut kepada bapanya, 31 Mei lalu.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabar Polis Daerah Gombak pada hari sama,” katanya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada