1 min read

[VIDEO] Polis bawa Ibu Zayn Rayyan ke Apartment Idaman lakonan semula

This post has already been read 1953 times!

Polis meneruskan siasatan pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dengan membawa ibunya untuk proses lakon semula di Apartment Idaman.

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dibawa ke Apartment Idaman menaiki van putih sekitar jam 12.20 tengah hari tadi.

Anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak, namun belum pasti tujuan kegunaan patung berkenaan.

Turut kelihatan kenderaan Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dengan proses lakon semula keluar dari lokasi kejadian pada jam 12.45 tengahari.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Sebuah Tandas angkasa lepas berharga USD 23 Juta