Mahkamah

Operator kilang dituduh simpan bahan letupan video dan artikel aktiviti pengganas

This post has already been read 186 times!

Operator kilang, Muhammad Aabid Zarkasi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping dengan tiga pertuduhan atas kesalahan memberikan sokongan kepada kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Seorang operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini dengan tiga pertuduhan atas kesalahan memberikan sokongan kepada kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Tertuduh Muhammad Aabid Zarkasi, 28, mengangguk faham selepas kesemua tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan hakim Nabisha Ibrahim.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas IS dengan cara menyimpan bahan letupan untuk menjalankan aktiviti kumpulan pengganas itu.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki sembilan buah video dan lima artikel dalam bentuk PDF di dalam sebuah telefon bimbit jenis Xiaomi yang merupakan item yang mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas dan kumpulan pengganas IS.

Pertuduhan ketiga pula, Aabid didakwa telah membuat bahan letupan sebagai persediaan untuk melakukan serangan pengganas.

Kesemua kesalahan itu dilakukan diantara 28 Januari hingga 15 Mei 2024 di Taman Serai Jaya, Bagan Serai, Perak. Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan, Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 130JD (1) Kanun Keseksaan.

Tiada pengakuan direkodkan dan mahkamah tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh.

Hakim menetapkan 11 Julai ini untuk serahan dokumen laporan kimia dan sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rullizah Abdul Majid dan Lina Hanini Ismail, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Cerita inspirasi Jack Ma Gaji dan Keuntungan

Jack Ma yang memiliki aset USD24.5 Billion pernah berkata, “Jika anda meletakkan pisang dan wang…

6 jam ago

Kisah Benar Inspirasi Kejayaan

Amitabh Bachchan pernah berkata: "Pada puncak kerjaya saya, saya sedang dalam perjalanan dengan kapal terbang.…

11 jam ago

Beberapa fakta tentang buluh

1.Pertumbuhan Cepat: Buluh ialah tumbuhan yang paling cepat tumbuh di dunia. Ia telah direkodkan berkembang…

3 hari ago

[Video] Anaas, Sampai hati kamu bunuh anak ibu

Hairil Anaas Abdullah, 37, dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1 Julai 2024 (Bernama) -- Seorang penganggur…

4 hari ago

Timba ilmu walaupun Usia 105 tahun lulus Sarjana Stanford

17 Jun 2024 merupakan hari bersejarah , pada usia 105 tahun khasnya buat Virginia "Ginger"…

4 hari ago

Adakah anda kerap mengalami sakit kepala migrain

Panduan berikut dari Dr Berry berpengalaman sebagai doktor keluarga selama 20 tahun telah merawat 25,000…

4 hari ago