1 min read

Maybank guna MAE selepas 30 Jun 2024

This post has already been read 1967 times!

Maybank dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka akan menamatkan semua kemaskini aplikasi Maybank2U MY bermula 30 Jun 2024.

MAE ganti M2U

Sekaligus menjadikan ia tidak lagi boleh dimuat-turun daripada Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery selepas tarikh berkenaan.

Pun begitu, Maybank mengatakan aplikasi Maybank2U yang sudah sedia dipasang pada sebarang telefon pintar semasa masih boleh digunakan buat masa sekarang.

Maybank mengalakkan peralihan sepenuhnya kepada aplikasi MAE untuk fungsi perbankan terkini.

Tambahan pula aplikasi MAE itu sendiri mempunyai setiap ciri yang ditawarkan dalam aplikasi Maybank2u MY.

Malahan lebih lengkap dengan fungsi perbankan tambahan serta langkah keselamatan dipertingkatkan untuk terus melindungi urusan perbankan pengguna.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   [Video] Amaran ribut petir 6 November 2023