1 min read

Chong Wei beri sokongan padu buat Mickey

This post has already been read 2597 times!

KUALA LUMPUR, 14 Jun — Sidang media yang menyayat hati semalam oleh pemain sayap Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim amat menyentuh hati legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei. Dalam hantaran Instagramnya terkini, Chong Wei menggesa Faisal Halim, yang juga digelar Mickey, untuk terus kuat dan bersabar diatas segala-galanya.

Lagenda Badminton Malaysia Datuk Lee Chong Wei

“Kamu akan kembali lebih kuat. ‘Sabar’ (bersabar) dan tabah.

Fokus pada pemulihan dan kami menunggu kepulangan mu, Faisal,” tulisnya.

Faisal Halim, mangsa simbah asid oleh penyerang yang tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada Mei 2024, mendedahkan bahawa dia telah terfikir untuk menamatkan karier bola sepaknya, sekali gus kehilangan gaji besarnya, selepas kejadian malang itu.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu yang melecur tahap empat di beberapa bahagian badannya berkata, hidupnya berubah secara drastik berikutan serangan asid itu. Dia tidak mampu melakukan banyak perkara sendiri dan memerlukan bantuan daripada isteri untuk aktiviti asas seperti makan dan pergi ke bilik air.

Pada 25 Mei lalu, Selangor FC mengeluarkan kenyataan mengesahkan pemain sayap itu telah dibenarkan keluar dari hospital swasta di sini selepas menjalani empat pembedahan susulan kejadian itu. — Bernama

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Piala Dunia Hoki 5 Sebelah Malaysia ke Perlawanan akhir