Empat suspek itu dilihat memakai baju seakan pengawal keselamatan, bertopeng dan bersarung tangan gelap. Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintenden Mohamad Nasir Abdrahman berkata, mereka menyerbu masuk ke premis tersebut memecahkan cermin kaca simpanan emas menggunakan tukul besi dan mengambil emas tersebut.
Menurutnya ketika kejadian suspek dipercayai bersenjata. dua pucuk pistol dan satu laras senapang ke dalam premis berkenaan. Suspek juga telah melepaskan satu das tembakan kearah dinding premis sebelum melarikan diri melalui ruang parkir kenderaan dibawah bangunan.
Jumlah kerugian sekitar RM3.2 juta dan polis masih menjalankan siasatan ke atas rakaman kamera litar tertutup, CCTV di dalam bangunan dan beberapa saksi.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.