Kisah motivasi Gadis lulusan ‘Master’ tidak kisah jadi penternak lembu

JAKARTA – Kebiasaan lulusan universiti berlumba mencari pekerjaan makan gaji di kota, berbeza bagi Azhyra Rana Pinasthika, 23 memilik Ijazah Sarjana (Master) Pengurusan Perniagaan , dari Bandung, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial kerana memilih kerjaya mengusahakan ternakan lembu dan kambing.

Menurut Azhyra, dia pernah bekerja di pejabat, namun tidak menyukai bidang pekerjaan itu. “Saya kemudian cuba menceburi dunia penternakan dan ternyata saya amat menyukainya walaupun ada pasang surutnya,” kata Azhyra.

“Mereka hairan kerana saya mempunyai ijazah sarjana tetapi pulang ke kampung dan menternak lembu. “Ada yang menuduh susah mendapatkan pekerjaan,” ujarnya.

Jelas Azhyra, dia kini mengusahakan ternakan kambing yang dipromosikan menerusi laman sosial.

Tambahnya, tidak kira walau apa juga latar belakang pendidikan seseorang, makan gaji atau berniaga adalah pilihan masing-masing. “Walau apa juga yang kita jual, jangan sesekali berasa malu kerana yang paling penting adalah kita amalkan semua ilmu yang kita dapat,” jelasnya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada