Info

Doktor mengendap doktor wanita mandi digantung tugas

This post has already been read 3008 times!

SINGAPURA 19 Jun 2024 – Seorang doktor muda yang cuba merakam rakan sekerja wanitanya mandi telah digantung tugas selama tiga bulan.

Tribunal tatatertib Majlis Perubatan Singapura (SMC) turut mengarahkan Dr Chen Hsing Yu mengemukakan aku janji bertulis bahawa beliau tidak akan terlibat dalam sebarang kelakuan tidak senonoh dimasa hadapan.

Pendaftaran Dr Chen dalam Daftar Pengamal Perubatan akan digantung dari 18 Jun 2024 hingga 17 Sept 2024.

Dr Chen telah mengaku bersalah melakukan perbuatan atau kelakuan tidak senonoh dengan cuba merakam doktor wanita mandi di hospital menggunakan telefon bimbitnya. Antara jam 5.20 petang dan 6.30 petang pada 17 April 2020, mangsa pergi mandi di pancuran mandian uniseks di hospital.

Dr Chen, yang merupakan pelatih residen di hospital ketika itu, cuba untuk merakamnya melalui celah di bawah pintu pancuran mandian tetapi berhenti berbuat demikian.Mangsa pulang ke rumah selepas mandi tanpa menyedari apa-apa yang berlaku.

Pada hari yang sama, salah seorang rakan sekerja mangsa memaklumkan bahawa seorang jururawat telah melihat Dr Chen cuba merakamnya ketika dia sedang mandi..

Mangsa kemudian membuat laporan polis. Latihan residensi Dr Chen di hospital itu telah ditamatkan pada 29 April 2020 dan pekerjaannya dengan MOH Holdings telah ditamatkan pada 11 Mei 2020 kerana kes berkenaan.

Dia telah disiasat dan diberi amaran bersyarat 24 bulan mulai 1 Jun 2021. Tribunal itu menyatakan bahawa kejadian itu bukan kali pertama Dr Chen mengendap orang mandi. Pada 23 April 2014, semasa dia seorang pelajar perubatan sarjana muda di Australia, dia menggunakan telefon bimbit untuk merakam video tiga saat seorang pelajar perubatan wanita semasa dia menggunakan bilik mandi uniseks di sebuah hospital di sana.

Dalam mitigasi, Dr Chen berhujah bahawa dia cuba merakam rakan sekerjanya kerana dia berasa tertekan dan di bawah tekanan yang besar, terpaksa berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang belum pernah berlaku sebelum ini sebagai seorang doktor muda pada masa itu.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Terbongkar suami menyamar’doktor’ 5 tahun rupanya menganggur, penipu tidak berduit

Seorang isteri di China yang telah berkahwin selama lima tahun dengan seorang lelaki yang dia…

6 jam ago

Polis Maldives menahan dua menteri didakwa melakukan sihir ke atas Presiden

Presiden Muizzu Polis Maldives menahan dua menteri yang sedang berkhidmat kerana didakwa melakukan sihir ke…

7 jam ago

Biji Ketumbar memulihkan mati pucuk

Jika lelaki mengalami masalah nafsu seks, libido mati pucuk, ambil petua semulajadi murah ini. Orang…

10 jam ago

CATL bina pesawat elektrik dengan jarak penerbangan sehingga 3,000 km

CATL telah berjaya menguji pesawat elektrik awam 4 tan dan menjangkakan untuk mengeluarkan pesawat elektrik…

11 jam ago

DBKL akan melaksanakan kadar kompaun trafik baharu mulai 1 Julai 2024

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan kadar kompaun baharu bagi kesalahan lalu lintas di…

17 jam ago

Satelit Usang Russia berkecai 100 Keping angkasawan ISS berlindung dalam kapal angkasa

Gambaran grafik keadaan satelit pecah berkecai ISS: Angkasawan berlindung selepas satelit Usang Rusia pecah berkecai…

22 jam ago