1 min read

Apa penyakit Mak Mertua mengutuk Rumah Kos Rendah milik menantu

This post has already been read 258 times!

Kisah ini dikongsi oleh Mira( bukan nama sebenar).

Mira telah memiliki rumah sendiri seawal usia 21 tahun. Rancangan ingin memiliki rumah sebelum berumahtangga menjadi kenyataan.

Mira berdisiplin dalam pengurusan kewangan, telah menyimpan dalam ASB sebaik tamat persekolahan. Kemudian semasa melanjutkan pelajaran diploma, dia aktif mencari pendapatan tambahan melalui dropship dan kerja sambilan terutama semasa cuti semester.

Setelah tamat pengajian diploma, Mira bekerja di sebuah syarikat perubatan. Gaji agak lumayan untuk orang bujang tinggal bilik sewa. Sebahagian duit gaji disimpan setiap bulan hingga mencecah 50K dalam masa 3 tahun.

Kebetulan kawasan perumahan di kampung Mira, Pemaju menawar harga lelong RM80K untuk rumah dua tingkat. Rumah 3 bilik dan 2 bilik aira sempit dan mac.

Mira akhirnya membuat keputusan membeli sebuah rumah yang ditawarkan harga RM80K.

Semasa berpantang anak pertama, Mira tinggal di rumah sendiri.

Keluarga mertua pun datang melawat. Sambil bersembang maka terbuka cerita tentang rumah Mira. Mereka mula mempersoalkan rumah sempit, jiran pun tak ramai. Hingga kepada tiada tandas dalam bilik pun dipersoalkan. Mahu tak berdesing telinga menantu.

Ketika Mira berpantang anak kedua, keluarga mertua masih tak puas hati kenapa menantu masih nak berpantang di rumah sendiri.

Sibuk sekali ipar duai mempersoalkan rumah Mira sempit dan pelbagai lagi.

Nasib baik Mira tidak ambil peduli, itu rumah dia beli yang sibuk mengata macam macam tu apa masalahnya. Rumah itu dibeli sebelum Mira mendirikan rumahtangga dengan anaknya. Tiada sesen pun Mira guna duit anaknya untuk membeli rumah berkenaan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

Baca Juga   Dua helikopter TLDM bertembung diudara 10 maut