1 min read

Tanda-Tanda Kerosakan Palam Pencucuh

This post has already been read 1771 times!

1. Kenderaan terasa berat semasa memecut: Jika anda perasan, kenderaan lambat memecut setelah pedal minyak ditekan dengan pantas. Berkemungkinan besar spark plug telah diselaputi minyak atau enapan karbon yang menyebabkan percikan api yang terhasil tidak sempurna.

2. Kesukaran menghidupkan enjin di waktu pagi: Palam pencucuh yang bermasalah akan menyebabkan enjin kenderaan anda sukar untuk dihidupkan terutama sekali pada waktu pagi. Kadang kala anda perlu pulaskan kunci kereta beberapa kali untuk enjin anda benar-benar hidup.

3. Pembakaran enjin yang tidak selaras :’Enapan karbon yang menyelaputi keseluruhan elektrod menyebabkan percikan api yang terhasil tidak sempurna. Kuasa enjin yang terhasil agak lemah dan prestasinya tidak mencapai tahap yang optimum.

4. Penggunaan bahan api yang berlebihan: Proses pembakaran enjin yang tidak sempurna boleh menyebabkan penggunaan bahan api lebih ketara. Kebiasaannya, enjin memerlukan 20-30% lebih bahan api jika spark plug tidak berfungsi dengan baik.

5. Bunyi enjin yang lebih bising dari biasa: Disebabkan oleh proses pembakaran yang tidak selaras, enjin akan menghasilkan bunyi yang lebih kuar dari biasa. Bunyi bising ini lebih ketara semasa anda hidupkan enjin di waktu pagi.

6. Terasa sedikit gegaran selepas enjin dihidupkan: Pembakaran bahan api yang tidak selaras juga boleh menyebabkan enjin bergegar selepas dihidupkan. Disebabkan ada silinder yang menghasilkan pembakaran tidak sempurna, gegaran kecil yang berulangan juga akan terhasil.

7. Kuasa enjin tidak stabil : Kadang-kala anda rasa prestasi enjin dalam keadaan baik dan kadang-kala terasa semput. Itu adalah tanda awal palam pencucuh perlu diganti. Kotoran pada elektrod palam pencucuh menyebabkan percikan api yang terhasil tidak efisyen. Kotoran pada elektrod juga disebabkan kebocoran silinder pembakaran. Ring Piston dan injap perlu dibaiki.

Penafian
Baca Juga   Kerajaan kutip RM34.2 juta, Bidaan nombor plat 'FF' tertinggi dalam sejarah

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.