1 min read

Jurutera Daerah dan Pembantu Awam direman kes rasuah RM700,000

This post has already been read 1951 times!

26 Jun 2024

Dua orang Penjawat awam termasuk jurutera daerah direman 7 hari oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia SPRM atas dakwaan menerima rasuah hampir RM700ribu membabitkan urusan kelulusan projek.

Perintah Reman sehingga 2 Julai itu dibenarkan Majistret Atifah Hazimah Wahab ke atas Jurutera Daerah 49 tahun dan pembantu awam 46 tahun.

Penahanan mereka dibuat berikutan penemuan lebih RM700 ribu disyaki hasil rasuah membabitkan wang tunai RM348,700 dan buku akaun terkini Amanah Saham Nasional Berhad berbaki RM400 ribu, disita daripada jurutera daerah terbabit.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Jangan Ambil Mudah Kepentingan Tidur Nyenyak untuk Kesihatan