Info

Satelit Usang Russia berkecai 100 Keping angkasawan ISS berlindung dalam kapal angkasa

This post has already been read 1339 times!

Gambaran grafik keadaan satelit pecah berkecai

ISS: Angkasawan berlindung selepas satelit Usang Rusia pecah berkecai di orbit behampiran Komplek ISS pada Rabu 26 Jun 2024. Angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) terpaksa berlindung selepas satelit usang Rusia pecah berkecai menjadi lebih 100 keping di orbit.

International Space Station

Insiden berkenaan memaksa 7 angkasawan yang sedang bertugas di ISS berlindung sementara dalam kapal angkasa sebagai langkah berjaga-jaga.

Setelah hampir 1 jam, Angkasawan-Angksawan berkenaan dibenarkan kembali ke ISS. Tiada sebarang perlanggaran berlaku disebabkan oleh serpihan satelit berkenaan.

Tiada sebarang maklumat mengenai punca satelit yang diisytiharkan Rusia telah mati pada 2022, berkenaan pecah berkecai,

Pentadbiran Angkasa Lepas AS, yang menjejaki serpihan satelit itu, melaporkan tiada ancaman kepada satelit lain yang sedang berada di orbit.

Menjelang petang Khamis 27 Jun 2024 , sekurang-kurangnya 180 keping satelit telah dikesan.

Orbit ketinggian kira-kira 220 batu di atas Bumi merupakan kawasan popular menempatkan beribu-ribu satelit pelbagai saiz dan fungsi, termasuk rangkaian Starlink SpaceX dan stesen angkasa Tiangong China yang kini mempunyai tiga angkasawannya.

Insiden di orbit seperti ini tidak begitu kerap berlaku, tetapi kebimbangan terhadap ancaman perlanggaran apabila ruang angkasa menjadi sesak dengan rangkaian satelit.

Kebanyakan satelit di angkasa memainkan peranan penting untuk penduduk bumi, seperti perkhidmatan internet dan perkhidmatan navigasi GPS sebagai contoh.

Walau bagaimanapun, terdapat juga banyak satelit yang kini berada di angkasa lepas yang tidak digunakan lagi. Ini adalah sebahagian daripada apa yang dikenali sebagai ‘sampah angkasa’. “Disebabkan oleh orbit rendah awan serpihan ini, kami menganggarkan ia akan mengambil masa beberapa minggu hingga beberapa bulan sebelum bahaya itu berlalu,” kata syarikat penjejak angkasa AS LeoLabs mengenai satelit Rusia dalam satu kenyataan.

Terdapat kira-kira 25,000 keping serpihan yang lebih besar daripada empat inci, iaitu kira-kira 10cm, di angkasa yang disebabkan oleh letupan atau perlanggaran satelit.

Terdapat kebimbangan ini boleh menyebabkan lebih banyak masalah pada masa hadapan. Satelit mati selalunya kekal di orbit sehingga ia turun ke atmosfera Bumi beberapa tahun kemudian dan terbakar dalam proses itu.

Dalam beberapa keadaan yang lebih jarang berlaku, mereka terbang sangat jauh dari Bumi ke angkasa lepas yang mengurangkan risiko berlanggar dengan satelit aktif.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

[Video] Anaas, Sampai hati kamu bunuh anak ibu

Hairil Anaas Abdullah, 37, dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1 Julai 2024 (Bernama) -- Seorang penganggur…

9 jam ago

Timba ilmu walaupun Usia 105 tahun lulus Sarjana Stanford

17 Jun 2024 merupakan hari bersejarah , pada usia 105 tahun khasnya buat Virginia "Ginger"…

13 jam ago

Adakah anda kerap mengalami sakit kepala migrain

Panduan berikut dari Dr Berry berpengalaman sebagai doktor keluarga selama 20 tahun telah merawat 25,000…

14 jam ago

Shampoo dan kondisioner menyebabkan rambut cepat rosak

Rambut hitam berkilat idaman setiap mahu pun wanita. Rambut semakin nipis, mudah gugur dan bertukar…

20 jam ago

Los Angeles bakal mengharamkan penggunaan telefon pintar di sekolah

Warga Los Angeles metropolitan mula berasa akibat buruk dari penggunaan telefon pintar tertutamanya murud sekolah…

21 jam ago

Terbongkar suami menyamar’doktor’ 5 tahun rupanya menganggur, penipu tidak berduit

Seorang isteri di China yang telah berkahwin selama lima tahun dengan seorang lelaki yang dia…

2 hari ago