1 min read

Adakah anda kerap mengalami sakit kepala migrain

This post has already been read 1442 times!

Panduan berikut dari Dr Berry berpengalaman sebagai doktor keluarga selama 20 tahun telah merawat 25,000 pesakit

Berdasarkan penyelidikan sedia ada, menunjukkan ada jalan yang boleh anda ambil untuk mengurangkan kekerapan dan keterukan serangan migrain.

4 Kaedah meredakan migrain dirumuskan dibawah:

  1. Elakkan makanan mengandungi omega-6 kebanyakan datang dari minyak sayuran seperti Minyak sunflower, minyak biji anggur, minyak biji popi, minyak bunga matahari, minyak rami, minyak jagung, minyak biji gandum, minyak biji kapas, minyak kacang soya, minyak walnut, bijan minyak, minyak dedak padi, minyak pistachio, minyak kacang tanah, dan minyak Canola. Beralih kepada penggunaan minyak sihat seperti minyak sapi, minyak kelapa dan minyak sawit yang rendah omega-6 penting untuk mengurangkan serangan migrain.
  2. Berhenti minuman dan makanan bergula termasuk makanan dari tepung.
  3. Elakkan atau kurangkan makanan bijirin yang diubah kepada tepung seperti tepung gandum, tepung beras , oat, dan tepung jagung. Ini akan membantu menstabilkan paras insulin anda dan insulin stabil menghentikan serangan migrain
  4. Elakkan minum jus buah kerana mengganggu kestabilan insulin . Walau bagaimanapun makan buah tanpa mengubah kepada jus dibolehkan. Henti mengambil produk tenusu dan krim yang banyak di Pasaraya.

Secara asasnya elakkan makanan dijual di kedai, keutamaan kepada masak sendiri dirumah untuk mengelakkan anda temakan bahan bahan sensitif kepada migrain.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Arab Saudi uji teksi terbang, dron musim haji 2024