1 min read

Rogol anak angkat kontraktor diarah bela diri

This post has already been read 2101 times!

Mahkamah Sesyen di Muar pada 10 Julai 2024 memerintahkan seorang kontraktor membela diri atas tiga pertuduhan merogol anak angkat yang juga anak murid isterinya 7 tahun lalu.

Tertuduh berusia 46 tahun sebelum ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengikut seksyen 376 kanun keseksaan kerana merogol anak angkatnya yang berusia 16 tahun ketika kejadian.

Hakim AbuBakar Manat membuat keputusan itu selepas mahkamah berpuas hati dengan hujah pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes prima-facie bagi ketiga-tiga pertuduhannya dikenakan oleh tertuduh

Pertuduhan pertama dia didakwa merogol anak angkatnya dalam bilik sebuah rumah di daerah ini antara jam 2 hingga 4 pagi januari 2017.

Pertuduhan kedua pula tertuduh didakwa melakukan perkara sama terhadap mangsa pada Julai 2017 manakala pertuduhan ketiga pada Disember 2017 dengan semua kejadian berlaku di tempat dan waktu sama.

Untuk ketiga-tiga pertuduhan ini tertuduh didakwa melakukan kesalahan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Ogos sehingga 4 September 2024 untuk tertuduh membela diri.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Akauntan mengaku bersalah pasang CCTV rakam rakan sekerja wanita dalam tandas pejabat