This post has already been read 1781 times!

Gergasi teknologi dunia Microsoft dan Google menggunakan Lebih Banyak Tenaga Elektrik Dari Lebih 100 Negara. Banyak tenaga elektrik dan juga air yang diperlukan untuk menyejukkan ribuan Komputer pelayan. Ia juga dilihat bahawa dengan pemerkasaan teknologi AI, penggunaan tenaga di pusat-pusat data ini akan semakin meningkat lagi.

Terkini, laporan daripada EIA Monthly Energy Review memperlihatkan bahawa dua syarikat teknologi gergasi global, Google dan Microsoft menggunakan sebanyak 24TWh tenaga elektrik sepanjang 2023.

Sebagai perbandingan, Google dan Microsoft menggunakan lebih banyak tenaga berbanding lebih 100 negara, termasuklah Iceland, Jordan dan Ghana. Perkara ini mungkin tidak begitu mengejutkan khususnya apabila kita lihat bahawa perkhidmatan atas-talian dan awanan kedua-dua syarikat ini digunakan oleh berbilion-bilion pengguna setiap hari, termasuklah carian Google dan Microsoft, perkhidmatan awanan Google Drive dan Microsoft OneDrive, dan pekhidmatan mesin pelayan dan pusat data kedua-dua syarikat ini.

Malah, Google memperilhatkan peningkatan pelepasan karbon sebanyak 48 peratus sejak 2019 kerana peningkatan penggunaan teknologi kecerdasan buatan yang mendadak. Google dan Microsoft kedua-duanya mempunyai sasaran untuk menjadi syarikat neutral karbon dari segi penggunaan tenaga elektrik menjelang 2030, tetapi dengan penggunaan tenaga elektrik yang semakin meningkat ini, ia nampaknya semakin sukar untuk mereka mencapai sasaran tersebut, khususnya teknologi AI dilihat semakin pesat dari hari ke hari.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Jenama Telefon Android terbaik 2023
Perlu Bantuan?
ms_MYMalay