This post has already been read 15071 times!

Kisah berlaku 31 tahun dulu.. Seorang Juruelektrik Perancis, Emile Relay menjadi terkenal kerana berjaya mengubahsuai kereta menjadi motosikal semasa terkandas di Gurun Maghribi pada tahun 1993.

Kejadian bermula ketika dia sedang melakukan perjalanan solo dengan memandu kereta jenama Citroën 2CV.

Ketika melalui kawasan terpencil padang pasir Maghribi, keretanya terlanggar batu hingga rosak bahagian chassis.

Emile terkandas 20 batu dari penempatan terdekat.. Sudahlah bekalan air, makanan pun tidak cukup untuk 10 hari.. Telefon, radio dan tayar ganti pun tiada, tapi mujur ada minyak petrol.

Dia berdepan risiko kematian di padang pasir yang luas. Tetapi Emile tak panik dan putus asa..Dengan menggunakan kemahiran sebagai juruelektrik dan ilmu mekanikal.

Dia cipta motorsikal lain dari keretanya yang rosak untuk bawa dia keluar dari gurun itu Dengan hanya menggunakan tukul, gergaji, gerudi dan playar. Dia keluarkan badan kereta dan jadikan sebagai tempat perlindungan. Tiga roda dari keretanya di pasangkan pada bingkai yang dipendekkan sebagai kerangka motor dan enjin dipasang di depan. Suspensi dipasang pada roda belakang dan memasang sistem penyalaan ke bar hendal supaya boleh dikawal seperti motosikal.

Motosikal sementara Emile Leray tidaklah sempurna, tapi berfungsi baik untuk dia menunggang merentas padang pasir.

Menghadapi banyak cabaran di sepanjang jalan seperti ribut pasir, gelombang panas, haiwan liar dan berbisa..Dia juga terpaksa berhadapan keletihan, lapar dahaga dan kesunyian.

Tetapi dia tak putus asa untuk kembali ke bandar.

Dia juga sempat ditahan oleh polis dan didenda 4,550 dirham (450 euro) kerana motornya dia tak patuh spesifikasi .

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

Baca Juga   Brek berasap pesawat Singapore Airlines ketika mendarat di lapangan terbang Narita

 

Perlu Bantuan?
ms_MYMalay