This post has already been read 3999 times!

Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah (kiri) menyerahkan sumbangan kepada keluarga Nur Farah Kartini. — Gambar ihsan Facebook/Kesultanan Pahang

Jumaat, 19 Jul 2024 7:51 PTG MYT KUANTAN, 19 Julai — Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyampaikan sumbangan kepada keluarga Nur Farah Kartini Abdullah.

Dalam catatan di laman Facebook Kesultanan Pahang, anak Duli Yang Maha Mulia, Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, menyerahkan sumbangan itu kepada keluarga Nur Farah Kartini semasa lawatan ke kediaman kakak iparnya di Kampung Nyiur Manis, Pekan, dekat sini.

“Tengku Amir Nasser, yang tiba pada pukul 11 pagi, meluangkan masa kira-kira setengah jam bertemu ibu Nur Farah Kartini, Puan Salmah Abdullah dan ahli keluarga lain sebelum menyampaikan sumbangan,” baca catatan itu.

Tengku Amir Nasser turut merakamkan ucapan takziah dan berharap ibu dan seluruh ahli keluarga Nur Farah Kartini tabah menghadapi dugaan ini.

Hadir sama, Pegawai Pengawal Bidang Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya. Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, pada 5.20 petang semalam.

Mayat Nur Farah Kartini, 25, yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, sekitar jam 6 petang 15 Julai lalu. Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis yang ditempatkan di Perak ditahan dan direman sehingga 22 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — Bernama

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

Baca Juga   Kuda Sampson Terbesar di Dunia

 

Perlu Bantuan?
ms_MYMalay