This post has already been read 1845 times!

Albertine bersama keluarga

KANAK-kanak perempuan berusia enam tahun yang dipercayai diculik, Albertine Leo Jia Hui akhirnya kembali ke pangkuan keluarga. Menerusi satu hantaran di Facebook Barbie Hui Hui, dimuat naik gambar Albertine bersama ibunya, Leo Qieo Xin dan bapanya serta beberapa individu lain dipercayai ahli keluarganya.

“Terima kasih semua atas keprihatinan anda.

“Dia (Albertine) sudah selamat tetapi penat. Kami bawa dia pulang ke rumah malam ini untuk rehat secukupnya,” katanya menerusi satu hantaran pada Selasa malam.

Pemilik akaun tersebut mendakwa sudah mendapat kebenaran untuk berkongsi gambar tersebut dan keluarga Albertine turut menghargai segala bantuan yang diberikan orang ramai.

Kanak-kanak itu hilang ketika bermain dekat gerai, ibu bapa sedang berniaga ketika acara Bon Odori di Johor Bahru.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   8 Rekod Serangan keatas Balai Polis
Perlu Bantuan?
ms_MYMalay