This post has already been read 2709 times!
KD PENDEKAR yang telah berkhidmat dengan TLDM selama 45 Tahun mengalami kebanjiran akibat kebocoran di bilik jentera. KD PENDEKAR sedang dalam Op KEKWA (Penugasan hari kelima).Kejadian berlaku di 2Bn dari Tg Penyusup.
Situasi semasa kapal tidak dapat diselamatkan dan semua anggota kapal telah meninggalkan kapal dan diselamatkan oleh sebuah kapal dagang berhampiran.
Bantuan dari kapal APMM tiba di lokasi kejadian pada jam 1300H.
𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 TLDM 𝟐𝟓 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟒: 𝐈𝐍𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐃 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐊𝐀𝐑 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐔𝐒𝐎𝐏
TLDM mengeluarkan kenyataan berikut:
1. Kapal TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) PENDEKAR telah mengalami kebocoran dan kebanjiran besar pada jam 12.00 tengah hari ini di posisi 2 batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor ketika sedang melaksanakan penugasan operasi. Kebocoran tersebut dipercayai berpunca dari kapal terlanggar objek bawah air.
2. Kebocoran yang mula dikesan di Bilik Jentera kapal telah merebak dengan cepat dan tidak terkawal. Kesemua kru berjaya diselamatkan setelah usaha untuk mengawal kebocoran serta menstabilkan kapal tidak berjaya. Fokus utama TLDM sekarang adalah untuk melaksanakan operasi salvaj bagi menyelamatkan kapal.
3. TLDM akan menubuhkan lembaga siasatan khas dengan kadar segera bagi mengenalpasti punca kejadian.
4. TLDM merakamkan jutaan terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat atas tindakan pantas memberi bantuan terhadap insiden ini iaitu Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan komuniti maritim yang berada di persekitaran.
5. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden ini. Sila rujuk sumber rasmi TLDM untuk perkembangan terkini dan maklumat sebenar.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.