This post has already been read 1501 times!

Wilayah Persekutuan memenangi emas acara bola sepak setelah menewaskan Melaka 2-1 dalam aksi di Stadium Mukah.

Gol pertama Ananak Buah Nizham Adha Yusof itu dijelmakan melalui Mohd Harith Imran pada minit ke-18 hasil pergelutan di depan gawang Melaka.

Memasuki babak kedua, Melaka menukar rentak permainan sebelum Farish Ainul Aswandi menerusi rembatan jauh untuk gol penyaman Melaka pada minit ke-52.

Wilayah Persekutuan bagaimanapun tidak menunggu lama apabila pada minit ke-67, Nukman Hakim tidak dikawal untuk menanduk masuk hantaran Harith untuk gol yang dicari-cari.

Melaka cuba bangkit namun situasi bermain 10 orang setelah Haziq Zafri dilayangkan kad merah pada minit ke-71 menyukarkan keadaan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Perlu VAR kerana Pengadil bolasepak Malaysia mendukacitakan
Perlu Bantuan?
ms_MYMalay