This post has already been read 2396 times!
31 Ogos 1957 adalah tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dari koloni British. Ulangtahun kemerdekaan akan dihiasi dengan kibaran bendera Jalur Gemilang di kawasan kampung dan juga bandar.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa Jalur Gemilang juga dikibarkan di dua mercu tanda dunia iaitu Menara Burj Khalifa di Dubai dan pusat membeli-belah Central World, Bangkok.
Setiap tahun Kerajaan UAE akan pamerkan lampu LED Jalur Gemilang di Burj Khalifa Dubai sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.
di Thailand juga hampir sama sebuah pusat beli-belah terkenal di Bangkok iaitu Central World turut mengibarkan jalur gemilang setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan.
Rakyat Thailand di pusat beli-belah Central World, Bangkok turut mengucapkan Selamat menyambut Hari Kemerdekaan! Merdeka!”
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.