This post has already been read 1011 times!

Pencemaran bunyi akibat penggunaan enjin penyembur sampah diguna oleh kontraktor pembersihan DBKL sangat mengganggu boleh memberi kesan negatif kepada komuniti setempat.

Bunyi enjin Penyembur Sampah yang dirakam di jalan Jelawat 1 Bandar Tun Razak

Bunyi yang dihasilkan oleh enjin ini sering kali melebihi tahap kebisingan yang selesa, terutamanya jika ia digunakan dalam kawasan perumahan pada waktu pagi .

Pendedahan berpanjangan kepada pencemaran bunyi boleh menyebabkan gangguan tidur, tekanan, dan masalah kesihatan mental seperti kebimbangan.

Beberapa cara untuk mengatasi isu ini termasuk:

1. Menggunakan teknologi yang lebih senyap: Syarikat pembersihan boleh melabur dalam enjin penyembur sampah berkuasa bateri.

2. Pengawalan bunyi ekzoz: Pihak berkuasa tempatan boleh menetapkan peraturan untuk mengehadkan pencemaran bunyi seperti sistem ekzos yang lebih senyap.

3. Pendidikan dan kesedaran: Memberikan kesedaran kepada pekerja pembersihan mengenai kepentingan mengurangkan pencemaran bunyi dapat membantu mengurangkan impak negatif kepada komuniti.

Penduduk yang terjejas boleh membuat aduan kepada DBKL atau jabatan alam sekitar untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pencemaran bunyi ini.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Mengapa Kenderaan di Brazil menggunakan ethanol?
Perlu Bantuan?
ms_MYMalay