This post has already been read 1486 times!

Suasana iklim di Cameron Highlands pada tahun 2024 menunjukkan perubahan ketara berbanding dua dekad yang lalu.

Deretan kenderaan dan bangunan apartmen terpacak hampir diseluruh Cameron Highlands dikaitkan dengan peningkatan suhu

Peningkatan suhu yang mendadak dari sekitar 22°C kepada 26°C kini memberi kesan yang besar terhadap pengalaman pengunjung dan alam sekitar.

Pembangunan pesat dan pertambahan bilangan pengunjung di kawasan tersebut menjadi antara faktor utama yang menyebabkan kenaikan suhu ini.

Era tahun 2000, Cameron Highlands terkenal dengan suhunya yang sejuk, di mana pelawat sering memakai pakaian tahan sejuk seperti baju tebal, stokin, dan sarung tangan.

Kini 2024, dengan suhu yang lebih panas, keseronokan menikmati suasana percutian dalam udara dingin semakin berkurang.

Malah, ada kalanya pelawat merasa kurang selesa akibat suhu yang membuatkan mereka berpeluh.

Perubahan iklim ini juga memberi kesan kepada pertanian di kawasan tersebut, khususnya tanaman strawberi dan teh yang terkenal.

Tindakan lebih tegas terhadap pengurusan pembangunan, alam sekitar, dan keperluan menjaga kawasan hijau di Cameron Highlands sangat diperlukan untuk memelihara warisan alamnya yang unik.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Ini dia Tempat paling sejuk di Bumi
Perlu Bantuan?
ms_MYMalay