This post has already been read 2181 times!

Kuala Lumpur: Prestasi Harimau Malaya tidak terkesan boikot Ultras Malaya dengan dengan berjuang bermati-matian sehingga memenangi perlawanan akhir pesta bola merdeka dengan menewaskan Lubnan 1-0 menentang Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam Ahad 8 September 2024.

Lebih manis lagi pengendali Harimau Malaya Pau Marti Vicente berjaya mencipta sejarah tersendiri dengan hanya memerlukan dua perlawanan saja bagi membuktikan kewibawaannya untuk menjulang piala berprestij itu.

Pau Marti yang baru saja mengambil alih tugas daripada Kim Pan-gon dua bulan lalu melakukan kejutan apabila merehatkan Arif Aiman Hanapi dan Akhyar Rashid daripada membarisi kesebelasan utama.

Peluang Malaysia untuk berada di depan hadir pada minit ke 20 menerusi Syafiq Ahmad namun sepakan akrobatiknya berjaya dihalang pertahanan lawan.

Gol yang dinantikan lebih 10,000 penyokong Harimau Malaya hadir pada minit 33 menerusi Romel Morales yang mudah merembat masuk untuk kedudukan 1-0.

Jaring Tunggal kejayaan menjadi juara Pesta Bola Merdeka 2024

Lubnan yang dipimpin Miodrag Radulovic pula berpeluang menyamai kedudukan pada lewat separuh masa pertama menerusi penyerang mereka Gabriel Bitar namun sepakannya sedikit tersasar sekali gus melegakan penjaga gol Malaysia Syihan Hazmi.

Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan skuad Harimau Malaya akhirnya menoktahkan penantian 11 tahun untuk bergelar juara Pestabola Merdeka 2024.

Berdasarkan rekod, pada penganjuran edisi terdahulu menyaksikan skuad Harimau Malaya mengakhiri saingan Pestabola Merdeka sebagai naib juara selepas tewas kepada Tajikistan 0-2.

Kali terakhir Malaysia menjulang Piala Pestabola Merdeka adalah pada 2013 menerusi skuad bawah 23 tahun (B-23) yang menumpaskan Myanmar 2-0.

Tempat Ke-3 pula dimenangi oleh Pasukan Tajikistan selepas menewaskan Filipina 1-0 pada saingan penentuan tempat ke-3 dan ke-4.

Penonton meluahkan kegembiraan dengan kejayaan Harimau Malaya walaupun diboikot oleh Ultras Malaya yang TIDAK PATRIOTIK
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.