
Dua TikToker dari Belgium, Neal Remmerie dan Senne Haverbeke, telah mencuri tumpuan dengan aksi berani mereka untuk menonton final Liga Juara-Juara antara Paris St Germain (PSG) dan Inter Milan secara percuma di Allianz Arena, Munich. Mereka berjaya menyelinap masuk ke stadium sehari sebelum perlawanan dan bersembunyi selama 27 jam di dalam tandas!
@re.flex.world You’ve heard of die-hard fans—these guys took it literally Two Belgian men say they spent 27 hours hiding in stadium toilets just to watch the Champions League final for free. Armed with snacks, phones, and a fake ‘out of order’ sign, Neal Remmerie and Senne Haverbeke snuck into Munich’s Allianz Arena a day early and camped out in cubicles until kickoff They say they emerged once they heard fans arriving, slipped past the final check, and made it to their seats—witnessing PSG’s 5–0 triumph over Inter Milan without ever buying a ticket UEFA and the stadium have yet to comment, possibly because they’re still trying to figure out how two dudes outsmarted their entire security operation #ChampionsLeague #PSG #finals #football #soccer #ChampionsLeagueFinals
♬ оригинальный звук – re.flex.world – re.flex.world
Neal dan Senne menyamar sebagai pekerja dengan memakai rompi keselamatan berwarna terang untuk masuk ke Allianz Arena. Mereka juga meletakkan papan tanda buatan sendiri bertulis “Rosak” pada pintu tandas untuk mengelak dikesan. Di dalam ruang tandas yang sempit, mereka bertahan dengan pencahayaan berterusan dan hanya bergantung pada snek serta telefon bimbit untuk menghabiskan masa.
Pada hari perlawanan, duo ini keluar dari persembunyian apabila peminat mula memenuhi stadium. Mereka berjaya melepasi pemeriksa tiket dan menyertai 86,600 penonton untuk menyaksikan PSG menewaskan Inter Milan dengan keputusan 5-0. Aksi mereka ini bukan sahaja membolehkan mereka menonton perlawanan secara percuma, tetapi juga menjadi tular di media sosial.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.