Rasulullah berdoa apabila mendengar ayam berkokok

*Berdoa jika mendengar ayam berkokok*

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda,

إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا

“Apabila kalian mendengar ayam berkokok, mintalah kurnia Allah (berdoalah), kerana dia melihat malaikat. Dan apabila kalian mendengar renyekan keldai, mintalah perlindungan kepada Allah dari syaitan, kerana dia melihat syaitan.” [HR. Bukhari 3303 dan Muslim 2729].

*Mengapa dianjurkan berdoa?*

Al-Hafidz Ibn Hajar menukil keterangan Iyadh,

قال عياض كان السبب فيه رجاء تأمين الملائكة على دعائه واستغفارهم له وشهادتهم له بالإخلاصIyadh menyatakan, alasan kita dianjurkan berdoa ketika ayam berkokok adalah mengharapkan ucapan amin dari Malaikat untuk doa kita dan permohonan ampun mereka kepada kita, serta persaksian mereka akan keikhlasan kita. [Fathul Bari, 6/353].

 474 total views,  6 views today

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Rasulullah berdoa apabila mendengar ayam berkokok " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

0Shares