Tarikh Akhir penyerahan borang
22 Mei 2023 (Isnin)
IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL MYSTEP TAHUN 2023
Cawangan Promosi Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Kementerian
Kesihatan Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan seperti berikut:
JAWATAN: PEGAWAI PENERANGAN (COMBI/MyCHAMPION) S41 PERSONEL MYSTEP
KEKOSONGAN: SATU (1)
GAJI
KEMUDAHAN: CUTI REHAT, CUTI SAKIT, CARUMAN KWSP DAN CARUMAN PERKESO
PENEMPATAN/TEMPAT BERTUGAS:
Cawangan Promosi Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Bangunan Persekutuan Jalan Anson,
Georgetown Pulau Pinang.
SKOP TUGASAN
. Membantu dalam penyelarasan program COMBI/MyCHAMPION
negeri dan mengemaskini data
• Membantu memperkasakan pemimpin COMBI/MyCHAMPION
. Membantu menyediakan laporan aktiviti COMBI/MyCHAMPION
. Membantu penyelarasan program COMBI/MyCHAMPION Negeri
. Mengadakan ‘engagement dengan komuniti dan kolaborasi dengan rakan strategik
Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa
SYARAT KELAYAKAN:
1. Berumur 18 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau kelayakan yang
setaraf dengannya.
3. Memiliki kemahiran dan pengalaman untuk mengendalikan aktiviti bersama komuniti.
4. Mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi dengan baik, boleh bekerja dalam
kumpulan serta bersedia untuk bekerja di luar kawasan sekiranya diarahkan.
5. Berkebolehan untuk menghasilkan suntingan seperti poster/ infografik/ video serta mahir
menggunakan media sosial.
6. Mahir menggunakan komputer dan ‘Microsoft Office’
7. Calon yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran di dalam pengurusan pertubuhan /
persatuan adalah amat digalakkan untuk memohon.
8. Sihat tubuh badan dan mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) unggul, tidak merokok atau
vape, lengkap vaksinasi, berdikari, berdisiplin, cergas, ceria dan boleh menerima tugasan
dari semasa ke semasa mengikut keperluan atau arahan.
CARA MEMOHON:
Calon yang berkelayakan dan berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut
selewat-lewatnya pada 22 Mei 2023 (Isnin)
1. Resume yang lengkap berserta gambar terkini
2. Salinan sijil ijazah dan salinan sijil berkaitan
3. Salinan kad pengenalan
Sila emelkan permohonan kepada cpknjknpp@gmail.com