[Video-baru kemaskini]10 maut termasuk Exco Pahang, pesawat terhempas di Elmina Sg Buloh

schedule
2023-08-17 | 22:36h
update
2023-08-17 | 22:36h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
[Video-baru kemaskini]10 maut termasuk Exco Pahang, pesawat terhempas di Elmina Sg Buloh

This post has already been read 372 times!

Kepulan asap hitam kelihatan selepas sebuah pesawat terhempas di sebatang jalan raya di Elmina, Shah Alam, Selangor, pada hari ini, Khamis, 17 Ogos 2023.

SHAH ALAM: Laporan terkini menyebut seramai sepuluh orang termasuk seorang exco Pahang dl maut apabila sebuah pesawat ringan terhempas berhampiran kawasan perumahan Elmina di Seksyen U16, di sini, hari ini 17 Ogos 2023.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan pesawat berkenaan yang berlepas dari Lapangan AntaraBangsa Langkawi pada jam 2:08 Petang menuju Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Advertisement

Pada jam 2:47 petang, juruterbang pesawat berkenaan membuat permohonan mendarat . Pihak kawalan udara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, memberi kebenaran pada jam 2:48 petang.

Bagaimanapun pada jam 2:51 Petang, pihak kawalan udara mengesan kepulan asap dan terus menghubungi Pusat Koordinasi Penyelamat Udara Kuala Lumpur.

Tiada sebarang panggilan kecemasan dari juruterbang selepas kebenaran mendarat diberikan.

Pesawat berkenaan membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dilaporkan hilang kawalan sebelum terhempas di lokasi kejadian.

“Pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan mendarat. “Semasa terhempas pesawat telah merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal masing-masing direkodkan seorang setiap kenderaan,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor bergegas ke tempat kejadian untuk kerja menyelamat.

Rakaman menunjukkan saat terakhir pesawat

Video rakaman dashcam
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
04.09.2024 - 04:27:14
Privacy-Data & cookie usage: