schedule
2023-09-16 | 16:56h
update
2023-09-16 | 16:56h
person
bicaraminda
domain
Kerjaya dan Gedung Maklumat

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati penyatuan di antara Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura yang membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka pada tahun 1963.


Hari Malaysia memberi makna yang besar kerana ia adalah detik penting penyatuan rakyat Malaysia. Maka sebagai rakyat Malaysia kita harus meraikan dan sentiasa mengingati hari bersejarah ini. Hari Malaysia ialah hari kita semua.

Pada hari yang bersejarah ini, marilah kita bersama-sama melafazkan rasa syukur dan menzahirkan rasa bangga atas nikmat kesejahteraan dan kemakmuran yang telah berjaya dipertahankan selama ini dan berdoa agar ia terus berkekalan. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk taat, setia dan cintakan tanah air demi memastikan keamanan, keharmonian dan kemajuan yang dikecapi selama ini dapat mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat.

Sambutan Hari Malaysia tahun ini diraikan dengan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu โ€œSegulai Sejalaiโ€ yang membawa maksud berjalan seiringan. Cogan kata ini melambangkan kesatuan, perpaduan serta semangat kerjasama yang utuh dalam kalangan rakyat di negara ini. Ia juga menekankan kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia sebagai tonggak untuk merealisasikan harapan Malaysia MADANI.

Advertisement

Selamat Menyambut Hari Malaysia untuk seluruh rakyat Malaysia.

โ€œTekad Perpaduan Penuhi Harapanโ€
โ€œSegulai Sejalaiโ€

Ikhlas daripada,
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan dan
Seluruh Warga Jabatan Perdana Menteri

#JabatanPerdanaMenteri
#MalaysiaMadani
#HKHM2023
#TekadPerpaduanPenuhiHarapan
#SegulaiSejalai

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
16.09.2023 - 17:15:56
Privacy-Data & cookie usage: