Categories: Info

Mosti kaji kebolehlaksanaan pembangunan tapak pelancaran ke angkasa lepas

This post has already been read 113 times!

Dalam usaha untuk menerokai peluang-peluang ekonomi baharu, Kementerian Sains, Teknologi dan inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) sedang membangunkan garis panduan kajian kebolehlaksanaan pembangunan tapak pelancaran ke angkasa lepas.

MOSTI percaya bahawa Malaysia mempunya potensi yang besar untuk turut terlibat dalam pembangunan kemudahan pelancaran angkasa lepas (space launching facility). Jika menjadi realiti, kemudahan yang dibangunkan akan menjadi yang ke-16 di dunia dan akan meletakkan Malaysia menjadi negara kesembilan memiliki fasiliti tersebut.

Keunikan geografi Malaysia yang terletak berhampiran garisan Khatulistiwa memberikan kelebihan kepada negara untuk membangunkan perkhidmatan fasiliti pelancar dengan kos operasi yang jauh lebih kompetitif.

Setakat ini, MYSA sedang mengadakan sesi libat urus dengan beberapa pihak dan industri yang berminat untuk membangunkan kemudahan ini.

Penglibatan kerajaan dalam industri ini dianggarkan akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi angkasa dengan nilai RM10 bilion menjelang 2030, di samping pertumbuhan 500 syarikat pemula teknologi berkaitan angkasa, seterusnya mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan.

Selain itu, MOSTI juga sedang merangka Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN) menerusi strategi perkongsian awam dan swasta (Public Private Partnership) yang dijangka bermula pada tahun 2026.

Program ini adalah penting bagi memastikan kesinambungan pemilikan data-data strategik negara yang mana ia turut menyokong keberkesanan operasi 50 buah pakej sistem aplikasi yang telah dibangunkan oleh MYSA.

YB CHANG LIH KANG
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
14 SEPTEMBER 2023

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Ibu Kura-kura Berusia 80 Tahun tetas Sembilan ekor anak

Nigrita berusia 80 tahun Zoo Zurich Switzerland menempa sejarah kejayaan seekor kura-kura Galapagos bernama Nigrita…

3 hours ago

Bandaraya New York saman Tiktok Instagram Youtube kerana kesan sakit mental rakyatnya

New York menyaman USD100 juta TikTok, Instagram dan YouTube menyebabkan masalah kesihatan mental warganya. Remaja…

1 day ago

Kesihatan Mental rakyat Kelantan perlu rawatan jangan diabaikan

KOTA BHARU, 14 Mei 2024 -- Masalah kesihatan mental rakyat Kelantan yang dibiarkan tanpa rawatan…

1 day ago

Perangkap wayar di SUKE menyebabkan kecerderaan

Seorang penunggang motosikal di lebuh raya SUKE cedera terkena perangkap wayar pada petang Isnin. Dalam…

1 day ago

Selepas 2 tahun ganja dihalalkan, Thailand kembali mengharamkannya

BANGKOK — Perdana Menteri Thailand, negara pertama di Asia yang menghalalkan ganja dua tahun lalu,…

1 day ago

Gangguan bekalan air di Lembah Klang 5-7 Jun 2024

Lapan wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air pada 5 hingga…

1 day ago