Categories: Info

Awas Caj pelepasan Gadaian mencecah ribuan ringgit

This post has already been read 151 times!


Tidak ramai mengetahui bahawa apabila harta yang dibeli melalui kaedah pinjaman bank bukan sahaja dikenakan pelbagai bayaran guaman semasa memeterai perjanjian pinjaman, malah akan berhadapan dengan caj guaman dan urusan dengan pejabat tanah sebaik selesai menjelaskan semua pinjaman.

Borang pelepasan Gadaian



Ramai berasa seronok apabila berjaya menyelesaikan pinjaman rumah atau tanah.

Tanpa mereka mengetahui bahawa harta mereka masih lagi dituntut oleh bank walaupun secara statusnya telah tidak berhutang apa apa lagi.


Pemilik harta sekali lagi perlu membatalkan status gadaian menggunakan khidmat peguam.

Jumlah caj antara peguam berbeza-beza diantara RM1,000 hingga RM2,000.00.

Pembeli telah membayar pinjaman dengan keuntungan (riba) bank dan akhir sekali terpaksa membayar sejumlah wang besar untuk membatalkan gadaian.

Alangkah baik semua perangkap kos ini dimusnahkan. Apabila bayaran telah diselesaikan, pihak bank perlu mengeluarkan surat pengesahan kepada pembeli.

Pihak pembeli boleh terus membuat pelepasan Gadaian secara terus dengan Pejabat Tanah.

Ini akan menjimatkan belanja.
Dalam sistem pemerintahan kerajaan menjaga kepentingan rakyat, perkara ini perlu diberi pertimbangan sewajarnya.

Proses melalui peguam tidak boleh lari dari caj caj tidak masuk akal. Ada peguam mengenakan caj tersembunyi tanpa menjelaskan dengan terperinci.

Mereka ingat pelanggan ini mesti tempat mencekik duit agaknya.

Sistem menekan sebegini wajar dihentikan. Cari wang dengan cara berintegriti lebih mulia dari memeras disebalik tabir undang-undang.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Gangguan bekalan air di Lembah Klang 5-7 Jun 2024

Lapan wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air pada 5 hingga…

6 hours ago

(VIDEO) Malaysia Terima Peluru Berpandu Anti-Kereta Kebal “KARAOK” Keluaran ROKETSAN Pada 2026

(VIDEO) Perkara itu disahkan oleh Pengurus Serantau bagi Asia Tengah dan Timur Jauh ROKETSAN, Peluru…

23 hours ago

Penggodam Korea Utara curi data dari komputer mahkamah Korea Selatan: Polis

SEOUL: Penggodam Korea Utara mencuri data sensitif, termasuk rekod kewangan individu, daripada rangkaian komputer mahkamah…

1 day ago

Arab Saudi uji teksi terbang, dron musim haji 2024

Menteri Pengangkutan dan Logistik Arab Saudi, Saleh Al-Jasser, mendedahkan kementeriannya akan menguji penggunaan teksi terbang…

1 day ago

Youtuber maut ditikam semasa buat live depqn mahkamah

Hanya kerana sentiasa bersaing sebagai YouTuber yang sentiasa menyajikan konten paling hebat dan ‘laju’, ada…

2 days ago

Suratan atau Kebetulan Kempen legenda bola sepak dunia dan Pengajaran

Gambar Diego Maradona, Michel Platini & Pele ketika perlawanan kebajikan pada 1988. Perlawanan kebajikan berkenaan…

2 days ago