Awas Caj pelepasan Gadaian mencecah ribuan ringgit

  • Post author:
  • Post category:Info

This post has already been read 130 times!


Tidak ramai mengetahui bahawa apabila harta yang dibeli melalui kaedah pinjaman bank bukan sahaja dikenakan pelbagai bayaran guaman semasa memeterai perjanjian pinjaman, malah akan berhadapan dengan caj guaman dan urusan dengan pejabat tanah sebaik selesai menjelaskan semua pinjaman.

Borang pelepasan Gadaian



Ramai berasa seronok apabila berjaya menyelesaikan pinjaman rumah atau tanah.

Tanpa mereka mengetahui bahawa harta mereka masih lagi dituntut oleh bank walaupun secara statusnya telah tidak berhutang apa apa lagi.


Pemilik harta sekali lagi perlu membatalkan status gadaian menggunakan khidmat peguam.

Jumlah caj antara peguam berbeza-beza diantara RM1,000 hingga RM2,000.00.

Pembeli telah membayar pinjaman dengan keuntungan (riba) bank dan akhir sekali terpaksa membayar sejumlah wang besar untuk membatalkan gadaian.

Alangkah baik semua perangkap kos ini dimusnahkan. Apabila bayaran telah diselesaikan, pihak bank perlu mengeluarkan surat pengesahan kepada pembeli.

Pihak pembeli boleh terus membuat pelepasan Gadaian secara terus dengan Pejabat Tanah.

Ini akan menjimatkan belanja.
Dalam sistem pemerintahan kerajaan menjaga kepentingan rakyat, perkara ini perlu diberi pertimbangan sewajarnya.

Proses melalui peguam tidak boleh lari dari caj caj tidak masuk akal. Ada peguam mengenakan caj tersembunyi tanpa menjelaskan dengan terperinci.

Mereka ingat pelanggan ini mesti tempat mencekik duit agaknya.

Sistem menekan sebegini wajar dihentikan. Cari wang dengan cara berintegriti lebih mulia dari memeras disebalik tabir undang-undang.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   PUASA SUNAT PADA HARI JUMAAT