TMJ ‘basuh’ penyokong Harimau Malaya gemar kritik pemain secara melampau

This post has already been read 102 times!

TMJ menyelar tindakan segelintir penyokong Harimau Malaya yang masih mempersoalkan persembahan pasukan negara.

Tindakan segelintir penyokong yang tidak henti henti mengkritik persembahan pasukan negara ketika perlawanan bertemu Kyrgyzstan pada Khamis 16 November 2023 menarik perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan menasihati penyokong supaya memberi sokongan menaikkan semangat juang pemain.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu menasihati penyokong Harimau Malaysia supaya tidak menjatuhkan semangat pemain yang telah memberikan persembahan terbaik semampunya untuk membantu pasukan negara meraih mata penuh.

“Sudah menang syukur sahajalah. Lagi nak bising-bising menuding jari sini sana menjatuhkan semangat pemain negara sendiri.

Semua pemain sudah beri segalanya, ‘result’ pun Alhamdulillah. “Awak nak jadi coach ini kerja dalam industri bola sepak ke? Ada menang apa-apa ke? Support saja pasukan kebangsaan dan diam lebih baik. “Kalau sayang sangat Brendan Gan call dia buat video,” tulis Tunku Ismail.

Perlawanan seterusnya pada Selasa ini 21 Nov 2023 akan menyaksikan Harimau Malaya berdepan pasukan ranking ke-152 dunia, Chinese Taipei di Stadium Municipal, Taipei.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   [Video] Penyokong Harimau Malaya OKU penglihatan diraikan di Doha