This post has already been read 155 times!
Kerajaan akan mengenakan cukai 10 peratus ke atas barang bernilai rendah (LVG – low value good).
Apa itu barang bernilai rendah? Kerajaan menetapkan apa juga barangan yang nilainya tak lebih daripada RM500 melalui pembelian di atas talian akan dikenakan cukai tambahan 10%.
Pembelian melalui Shopee dan Lazada antara yang akan dikenakan cukai ini.
Golongan b40 sebenarnya yang banyak membeli barang-barang bernilai rendah merangkumi barangan elektronik, pakaian termasuk keperluan bayi dan kanak-kanak.
Cukai LVG ini pastinya membebankan golongan B40 yang selama ini dapat berjimat melalui pembelian dalam talian.
Kerajaan bertindak mengenakan cukai LVG untuk melindungi perniagaan tempatan yang terkesan dengan harga murah yang ditawarkan oleh peniaga dalam talian.
Namun tindakan ini menekan ekonomi golongan B40 yang sewajarnya dilindungi dari manipulasi oleh peniaga konvensional.
90% barangan keperluan pengguna di Malaysia adalah diimport dan amat sedikit dikeluarkan oleh pengilang tempatan.
Jadinya cukai LVG ini dilihat lebih kepada menerkam golongan B40.
Kerajaan perlu juga menyenaraikan barang-barangan keluaran tempatan.
Kenapa golongan b40 tak boleh beli terus atas talian lebih murah berbanding di kedai konvensional.
Negara sememangnya memerlukan penyelesaian sistem percukaian pintar.
Kerajaan sewajarnya membatalkan cukai LVG dan cukai SST 8% dan menggantikan sistem percukaian pintar GST yang diguna pakai oleh 175 negara. Tidak dinafikan Sistem percukaian GST memiliki keistimewaan dan tidak menekan golongan B40 yang menjadi polisi penting kerajaan.
Jangan dilaksanakan sistem percukaian LVG kerana jelas menekan golongan B40.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.
16 Mei 2024 -- Sebuah pesawat yang membawa 450 Jamaah haji Indonesia dan 18 krew…
Sebuah bangunan 10 tingkat telah dibina dalam masa 28 jam dan 45 minit di bandar…
Sungai Aragvi Hitam Putih Di Georgia (sebelumnya menjadi sebahagian daripada Rusia), kedua-dua sungai ini terus…
Nigrita berusia 80 tahun Zoo Zurich Switzerland menempa sejarah kejayaan seekor kura-kura Galapagos bernama Nigrita…
New York menyaman USD100 juta TikTok, Instagram dan YouTube menyebabkan masalah kesihatan mental warganya. Remaja…
KOTA BHARU, 14 Mei 2024 -- Masalah kesihatan mental rakyat Kelantan yang dibiarkan tanpa rawatan…