BANTUAN WANG IHSAN (BWI) BAGI RAKYAT TERKESAN BANJIR
1. BAGAIMANA PERMOHONAN BWI DIBUAT?
Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Daerah masing-masing. BWI hanya diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR).
Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (KIR) (warganegara Malaysia sahaja) boleh mendaftar nama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Bagi yang tidak berpindah ke PPS, permohonan boleh dibuat melalui JPKK/Ketua Komuniti /Pegawai Daerah masing-masing.
Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah selaku Pengerusi
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
2. APAKAH SYARAT KELAYAKAN BWI?
Warganegara Malaysia dan memiliki kad pengenalan diri (MyKad) yang sah.
BWI hanya diberikan kepda setiap Ketua Isi Rumah (KIR) warganegara Malaysia sahaja.
Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.
Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat BWI tanpa mengira isi rumah/keluarga.
Kelayakan BWI Bencana Banjir adalah tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)
3. KALAU SAYA MENYEWA RUMAH BERSAMA RAKAN DAN RUMAH KAMI TERKESAN AKIBAT BANJIR, ADAKAH KAMI LAYAK MEMOHON?
Layak. namun hanya seorang sahaja isi rumah yang layak memohon. Tuan rumah adalah tidak layak memohon sekiranya penyewa telah memohon.
4. BERAPA AMAUN YANG LAYAK DIMOHON BAGI 2 KELUARGA YANG TINGGAL DALAM RUMAH YANG SAMA?
RM1,000.00 sahaja kerana hanya 1 KIR rumah yang terlibat layak untuk memohon dan mendapat sekali BWI tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.
5. APAKAH DOKUMEN YANG PERLU SAYA KEMUKAKAN UNTUK PERMOHONAN BWI?
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan bergantung kepada kategori pemohon:
i. Mereka yang mendaftar ke PPS (dengan kad pengenalan) tidak perlu membuat permohonan.
Permohonan mereka akan terus diuruskan oleh pihak JKM.
ii. Mereka yang mendaftar ke PPS (tanpa kad pengenalan) perlu mendaftar dengan ketua-ketua
masyarakat.
iii. Mereka yang tidak berpindah ke PPS, perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat (JPKK/Ketua Komuniti/Pegawai Daerah.
6. BERAPA KALIKAH SAYAbBOLEH MEMOHON BWI MEMANDANGKAN RUMAH SAYA TERLIBAT DENGAN BANJIR BEBERAPA KALI DALAM MUSIM TENGKUJUH INI?
Kelayakan BWI Bencana Banjir adalah tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
7. ADAKAH SAYA LAYAK MEMOHON BWI WALAUPUN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA TIDAK DIWARTAKAN?
Ya, anda layak memohon BWI walaupun tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara yang diwartakan. Tetapi anda perlu untuk mendaftar dengan Ketua Masyarakat seperti penghulu, ketua kampung dan MPKK/ JPKK.
Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah selaku Pengerusi
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
8. BOLEHKAH SAYA MEMOHON SECARA ONLINE?
Tidak ada permohonan online. Permohonan diluruskan daerah dan negeri lokasi di mana KIR yang terkesan bencana berada.
9. APAKAH KRITERIA YANG MEMBOLEHKAN SAYA DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI MANGSA YANG TERJEJAS DENGAN BENCANA BANJIR DAN SETERUSNYA DIPERTIMBANGKAN SEBAGAI PENERIMA
BWI?
Kriteria asas yang membolehkan seseorang layak untuk dipertimbangkan permohonan BWI adalah apabila sesuatu kejadian menepati maksud bencana sebagaimana yang digariskan di dalam Arahan MKN No. 20 dan disahkan oleh Pegawai Daerah yang terlibat.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.