Categories: Kerajaan

Berita Sumbangan Asas Rahmah 2024

This post has already been read 348 times!

Kategori penerima dan bantuan bertambah dalam program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).


Kategori penerima SARA 2024 kini termasuk golongan miskin dan miskin tegar berbanding hanya miskin tegar sebelum ini.

Kadar bantuan untuk isi rumah SARA 2024 ditingkatkan kepada RM1,200 berbanding RM600 tahun lalu manakala kadar bantuan untuk golongan bujang kekal RM600.

Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai runcit berdaftar.

Penerima SARA di Sabah dan Sarawak menerima sumbangan dalam bentuk Tunai.

Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih iaitu data rujukan untuk kementerian dan agensi kerajaan.

Pelaksanaan SARA tahun 2024 bermula pada 22 Januari bagi penerima dari Semenanjung manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima dari Sabah, Sarawak dan Labuan bermula 19 Februari depan.


Bagi penerima program SARA di Semenanjung, bantuan akan disalurkan secara bulanan iaitu RM100 sebulan untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan serta RM50 sebulan untuk golongan bujang.

Sementara itu, bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan, bantuan SARA secara TUNAI akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari depan dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.


Kredit SARA boleh ditebus di 515 premis pasaraya dan kedai yang mengambil bahagian.

Maklumat lanjut mengenai program SARA itu boleh diperolehi di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my mulai 4 petang, 19 Januari 2024

dan maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my mulai 22 Januari 2024

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Subsidi diesel bersasar akan diperkenalkan bermula di Semenanjung – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan subsidi bersasar untuk bahan…

3 hours ago

[Video] Penerbangan SIA dari Heathrow mendarat cemas di Bangkok

Penerbangan Singapore Airlines dari Heathrow mengalami pergolakan ( turbulance) teruk memaksa juruterbang membuat pendaratan cemas…

3 hours ago

6 Pekerjaan Terburuk dalam Sejarah

Zaman kegelapan Eropah, pelbagai pekerjaan yang jijik. Disenaraikan 6 pekerjaan terburuk dalam sejarah. 1. Pencuci…

6 hours ago

Misteri Kehilangan Pesawat 844AA Boeing 727-223

Sejurus sebelum matahari terbenam pada 25 Mei 2003, kru kawalan trafik udara di Lapangan Terbang…

11 hours ago

Kementerian Kesihatan Malaysia pantau peningkatan kes covid-19 Singapura

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti peningkatan dua kali ganda kes COVID-19…

22 hours ago

Perang 38 minit paling singkat dalam sejarah

Salah satu peperangan terpendek yang direkodkan dalam sejarah yang berlangsung antara 38 dan 45 minit…

2 days ago