Berita Sumbangan Asas Rahmah 2024

This post has already been read 273 times!

Kategori penerima dan bantuan bertambah dalam program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).


Kategori penerima SARA 2024 kini termasuk golongan miskin dan miskin tegar berbanding hanya miskin tegar sebelum ini.

Kadar bantuan untuk isi rumah SARA 2024 ditingkatkan kepada RM1,200 berbanding RM600 tahun lalu manakala kadar bantuan untuk golongan bujang kekal RM600.

Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai runcit berdaftar.

Penerima SARA di Sabah dan Sarawak menerima sumbangan dalam bentuk Tunai.

Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih iaitu data rujukan untuk kementerian dan agensi kerajaan.

Pelaksanaan SARA tahun 2024 bermula pada 22 Januari bagi penerima dari Semenanjung manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima dari Sabah, Sarawak dan Labuan bermula 19 Februari depan.


Bagi penerima program SARA di Semenanjung, bantuan akan disalurkan secara bulanan iaitu RM100 sebulan untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan serta RM50 sebulan untuk golongan bujang.

Sementara itu, bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan, bantuan SARA secara TUNAI akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari depan dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.


Kredit SARA boleh ditebus di 515 premis pasaraya dan kedai yang mengambil bahagian.

Maklumat lanjut mengenai program SARA itu boleh diperolehi di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my mulai 4 petang, 19 Januari 2024

Baca Juga   JUMLAH BANTUAN TUNAI 2024

dan maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my mulai 22 Januari 2024

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.