[Video] Penyokong Harimau Malaya OKU penglihatan diraikan di Doha

This post has already been read 142 times!


Dia terbang ke Doha bukan untuk melihat tetapi untuk mendengar sorakan ngauman Harimau Malaya.

Muhammad Ridzwan Erman Effendi merupakan penyokong istimewa Harimau Malaya kerana cacat penglihatan turut turut sama terbang ke Qatar ditemani oleh abangnya, Raff Iskandar Erman Effendi.

Ridzwan atau mesra dengan panggilan Iwan berkata, dia berharap pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim atau Mickey itu mengayakan aksi ‘siuuu’ apabila berjaya mencetak jaringan.


Impiannya tercapai untuk mendengar gaya ‘siuuu’ tersebut selepas Mickey berjaya mencetak gol sulung Harimau Malaya ketika berdepan Korea Selatan.

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin; ketua jurulatih kebangsaan,
Kim Pan Gon dan   skuad Harimau Malaya menyantuni Muhammad Ridzwan Erman Effendi, penyokong  istimewa Harimau Malaya yang cacat
penglihatan di hotel penginapan
pasukan di Doha, Qatar

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Peraturan permainan Bolasepak jalanan