This post has already been read 3881 times!
Mengapa suasana Hari Raya era 70 an dan 80 an terlalu meriah?
1) Generasi dahulu menjadikan malam 7 likur sebagai malam pra perayaan yg terindah.
2) Riuh rendah kanak-kanak bermain meriam buloh sambil meronda-ronda dikawasan kampung pada waktu malam.
3) Lampu pelita minyak tanah menghiasi setiap laman rumah di kampung.
4) Majoriti orang dahulu membeli ” baju baru dan kasut baru” setahun sekali.
5) 90% kelengkapan rumah dihiasi dgn barangan serba baru.
6) Bahkan rumah-rumah pun diselimuti dengan cat baru.
7) Kebanyakkan orang di penghujung ramadhan akan menunggu kedatangan posmen untuk menerima kad kad ucapan hari raya.
8) Rancangan di TV & radio yg bertemakan hari raya secara langsung.
9) 100% kueh raya dibuat sendiri dan tiada istilah kueh tunjuk.
10) Kanak-kanak berpakaian baru berhari raya akan singgah disetiap rumah untuk makan dan minum.
11) Lagu raya raya berkumandang di corong radio 4-5 hari sebelum menjelangnya hari raya.
12) Para Ibu mula sibuk menyediakan kelengkapan masakan
13) Kedai-Kedai cina di pekan kecil akan menghiasi kedai mereka dengan tema hari raya juga.
14) Beramah mesra sesama sanak saudara ( tiada smartphone).
15) Ini kerana tiada alat komunikasi yang boleh menghubungi saudara mara dan kawan-kawan secara live 24 jam.
16) Melaram dihari raya merupakan acara yg ditunggu setahun sekali.
17) Pagi raya berkumandang takbir raya yang menyegarkan suasana.
18) para Ibu sibuk di dapur menyediakan juadah pagi raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.
19) Paling menyeronokkan sehari sebelum hari raya,anak anak membantu ibubapa mengemas kawasan rumah sambil aktiviti membakar lemang dan masak ketupat.
20) Para Bapa dengan daun palas membungkus ketupat untuk persediaan hari lebaran
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.