Categories: polis

Suspek tembak di KLIA sudah diberkas

This post has already been read 2923 times!

Suspek kes  tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi Ahad 14 April 2024 , berjaya diberkas di Kota Bharu, Kelantan hari ini 15 April 2024.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang mengesahkan perkara itu kepada
Bernama berkata suspek berusia 38 tahun itu ditahan di satu lokasi di daerah itu kira-kira
pukul 3 petang tadi.



Katanya satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)
Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat berhubung penahanan suspek.

Lokasi penahanan Jalan Bayam

“Ya, saya sahkan tangkapan itu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi semalam, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan mensasarkan isterinya,
satu daripada peluru  mengenai pengawal peribadi kepada isterinya.

Pengawal peribadi berkenaan sedang dirawat di sebuah hospital, dalam keadaan stabil.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Bandaraya New York saman Tiktok Instagram Youtube kerana kesan sakit mental rakyatnya

New York menyaman USD100 juta TikTok, Instagram dan YouTube menyebabkan masalah kesihatan mental warganya. Remaja…

6 hours ago

Kesihatan Mental rakyat Kelantan perlu rawatan jangan diabaikan

KOTA BHARU, 14 Mei 2024 -- Masalah kesihatan mental rakyat Kelantan yang dibiarkan tanpa rawatan…

7 hours ago

Perangkap wayar di SUKE menyebabkan kecerderaan

Seorang penunggang motosikal di lebuh raya SUKE cedera terkena perangkap wayar pada petang Isnin. Dalam…

9 hours ago

Selepas 2 tahun ganja dihalalkan, Thailand kembali mengharamkannya

BANGKOK — Perdana Menteri Thailand, negara pertama di Asia yang menghalalkan ganja dua tahun lalu,…

9 hours ago

Gangguan bekalan air di Lembah Klang 5-7 Jun 2024

Lapan wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air pada 5 hingga…

16 hours ago

(VIDEO) Malaysia Terima Peluru Berpandu Anti-Kereta Kebal “KARAOK” Keluaran ROKETSAN Pada 2026

(VIDEO) Perkara itu disahkan oleh Pengurus Serantau bagi Asia Tengah dan Timur Jauh ROKETSAN, Peluru…

1 day ago