Suspek tembak di KLIA sudah diberkas

This post has already been read 2886 times!

Suspek kes  tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi Ahad 14 April 2024 , berjaya diberkas di Kota Bharu, Kelantan hari ini 15 April 2024.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang mengesahkan perkara itu kepada
Bernama berkata suspek berusia 38 tahun itu ditahan di satu lokasi di daerah itu kira-kira
pukul 3 petang tadi.



Katanya satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)
Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat berhubung penahanan suspek.

Lokasi penahanan Jalan Bayam

“Ya, saya sahkan tangkapan itu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi semalam, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan mensasarkan isterinya,
satu daripada peluru  mengenai pengawal peribadi kepada isterinya.

Pengawal peribadi berkenaan sedang dirawat di sebuah hospital, dalam keadaan stabil.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   5 das tembakan amaran tidak diendahkan terus memecut laju