SEREMBAN: Pertubuhan penyelamat haiwan FurryKids Safehaven menemui 35 ekor anjing dan beberapa bangkai kucing dan anjing dalam sebuah rumah di Port Dickson pada 14 April 2024.

Petugas terpaksa memotong kunci untuk menyelamatkan anjing kelaparan

Ketua FurryKids Safehaven Jeskiran Kaur Bhatt berkata pasukannya terpaksa memotong kunci untuk masuk ke dalam. Rumah satu tingkat itu.

Selain 35 ekor anjing itu, mereka turut menemui bangkai beberapa ekor anjing dan kucing di dalam unit berkunci itu. Kematian berpunca kelaparan dan kehausan akibat tidak ada makanan dan minuman

Perbuatan mengurung anjing tanpa diberi penjagaan sewajarnya adalah satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Semua anjing ini tidak layak diperlakukan sekejam ini.

Seekor induk anjing terpaksa memakan anak-anaknya untuk terus hidup.

Pada 14 April, klip video berdurasi 18 minit Jeskiran dan pasukannya menyelamatkan haiwan dari rumah menjadi tular.

Keadaan anjing dikurung tanpa makanan dan minuman

Semua anjing berkenaan akan dipulihkan termasuk kembiri dan vaksinasi.

Jiran-jiran yang prihatin telah memberi makan kepada anjing di perkarangan tetapi tidak dapat memberi makan kepada mereka yang berada di dalam rumah kerana berkunci.

Terdapat bangkai sekurang-kurangnya empat ekor anjing dan lapan ekor kucing.

Difahamkan Anjing berkenaan dalam keadaan baik sebelum pemiliknya menghadapi masalah.

Rumah berkenaan disewa oleh pemilik anjing.

Tuan rumah yang dihubungi berada di Kuala Lumpur  telah memberi kebenaran kebenaran kepada penyelamat untuk memecahkan mangga dan mengosongkan rumah.

FurryKids Safehaven turut merayu orang ramai menghulurkan bantuan khususnya bagi penyediaan  menyediakan makanan dan merawat haiwan yang diselamatkan.

Jumlah kos untuk 35 ekor anjing itu adalah sekitar RM9,500.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun pusat perlindungan 8009081090 (Persatuan Penyelamat Haiwan Terbiar Furrykids Safehaven) di CIMB.

Semoga sumbangan penderma dapat memberi sinar kebahagiaan untuk haiwan-haiwan di zalimi ini.

Sumbangan berbentuk makanan kering seperti kibble juga dialu-alukan.

Furrykids kini mengendalikan lebih daripada 2,000 anjing di tempat perlindungannya.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri Dr Kamarulrizal Mat Isa berkata pihaknya sedang menyiasat kes itu.  Pasukan penyiasat akan melawat lokasi rumah berkenaan pada16 April.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada